Assalamualaikum Aisyah,
Apa khabar awak sekarang? Doa saya, semoga awak sentiasa
gembira dan bahagia di samping kawan-kawan... Mungkin awak masih terasa hati
dengan saya... Jadi, izinkan saya memohon maaf yang teramat sangat daripada awak...
Maaf kiranya warkah saya ini mengganggu hidup awak...
Aisyah,
Dalam saya menyesali
kesilapan saya terhadap awak, saya teringat kata-kata Umi saya...
“Haikal, hati-hati dalam jatuh cinta...”
Sejak saat Umi lafazkan kata-kata itu kepada saya, saya simpan ia sebagai
pedoman... Selama ini, saya ingatkan Umi cuba sampaikan pesanan bahawa saya
perlu bijak menjaga hati dan perasaan serta bijak memilih insan untuk saya
cintai dan sayangi...
Namun, kini baru saya sedari dan fahami, bahawa apa yang
Umi cuba katakan bukanlah sekadar bijak menilai orang lain, tetapi saya juga
harus bijak mendidik diri saya supaya layak jatuh cinta... Saya harus sedar
hakikat insan yang saya cintai dan sayangi, lantas mendidik hati dan diri saya
supaya layak bagi saya untuk jatuh hati pada insan sedemikian...
Aisyah,
Kini saya sedari bahawa
awak bukan sekadar baik, bahkan awak sangat baik... Awak bukan sekadar punya
keluarga yang sangat menyayangi awak, tetapi awak juga punya kawan-kawan baik
yang sangat menyayangi dan menghormati awak...
Malu untuk saya yang tak
seberapa ini untuk mengatakan bahawa saya menyayangi awak... Kerna saya sedar,
seorang insan yang sangat disayangi dan dihormati insan-insan lain terutama
kawan-kawannya, pastinya seorang insan yang sangat baik... Oleh itu, tak layak saya
yang tak seberapa ini untuk jatuh hati padanya...
Saya juga merasa sangat
malu kerana telah melukai seorang insan yang sangat baik seperti awak...
Tiadalah khilaf yang paling mengaibkan selain khilaf seorang isan yang melukai
insan lain yang sangat baik... Mungkin saya tidak mampu mengukuhkan kata-kata
saya ini dengan dalil-dalil hadis atau bersumberkan Al-Quran... Namun, saya
sedar bahawa inilah hakikat hidup dan hakikat Qada’ dan Qadar Allah pada
manusia...
Aisyah,
Sekian sampai sini dahulu
warkah saya kali ini... Terimalah maaf saya dan ketahuilah bahawa saya sangat
menyesali kekhilafan saya terhadap awak, sungguhpun secara tak sengaja...
Maafkan saya kerna baru kini berani tampil mengutuskan warkah kepada awak... Bukan
saya tak sudi, cuma saya takut akan melukai awak lagi...
Semoga awak terus
menjalani hari-hari yang membahagiakan awak di bawah rahmat Allah SWT...
Teruskan membahagiakan insan-insan sekeliling awak, seiring syariat Islam...
Selamat berjuang untuk pelajaran awak dan Semoga berjaya dalam peperiksaan yang
bakal awak duduki nanti...
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu
sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sekian, Assalamualaikum...
HAIKAL