INSYA-ALLAH…

Suatu masa yang akan datang, tinggal seorang Tok Abah bersama isterinya di sebuah banglo sederhana saiznya terletak di kampung permai keadaannya... Pada hari raya suatu tahun, anak-anak pulang bersama cucu ke kampung halaman...
Selepas makan di suatu malam, sambil menonton rancangan raya adanya di ruang tamu, Tok Abah memanggil cucunya...
“Cucu-cucu Tok Abah, ke sini dekat dengan Tok Abah... Ada sesuatu yang ingin Tok Abah kongsikan dengan cucu-cucu semua...”

Cucu-cucunya datang duduk di sisi Tok Abah mereka...
            “Ada apa yang Tok Abah khabarkan?”

Tok Abah menarik nafas panjang dan bersuara...
“Cucu-cucu Tok Abah semua... Tok Abah dah bertahun hidup... Bermacam pengalaman yang Tok Abah tempuh... Di malam yang dingin ini, Tok Abah ingin kongsikan satu pengalaman yang amat menyedihkan Tok Abah...”

            “Apakah itu, Tok Abah?”

“Cucu-cucu Tok Abah sekalian, ketahuilah akan cucu semua bahawa Tok Abah menjadi saksi bagaimana ‘Insya-Allah’ hilang nilaiannya...”

“Bagaimanakah itu, Tok Abah?”

Dengan mata berkaca, Tok Abah menjelaskan...
“Hilangnya nilaian ‘Insya-Allah’ kerna disalahguna... Orang ramai yang menggunakan ‘Insya-Allah’ sewenang-wenangnya, dalam menabur janji dengan niat tidak ingin memenuhi janji yang dipatri...

Tidak semena-mena, seorang cucu Tok Abah, yang paling kecil bersuara...
“Patutlah hari tu, kawan adik berkata, ‘Erm... Insya-Allah, Insya-Allah, tak nak datang la tu...’ Lepas tu, dia terus tarik muka masam dengan adik...”

Tok Abah tidak dapat lagi menahan sebaknya...
“Masya-Allah... Cucu-cucu Tok Abah sekalian, ketahuilah akan kalian bahawa ‘Insya-Allah’ itu amat berharga dan tinggi nilaiannya...”

“Insya-Allah, Tok Abah...”

Nota:   Kisah ini tertakluk kebenarannya... Tertakluk pada apa yang kita lakukan zaman kini... Apakah benar kisah ini, atau dongengan semata? Semuanya terletak pada bahu kita, ditunaskan pada lidah kita, disulingkan pada hati dan niat kita... Salah ucapan kita hari ini mungkin membenarkan kisah ini... Perubahan sikap kita hari ini mampu membuktikan kisah ini hanya sebuah kisah dongeng...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal