KU ‘DELETE’ GAMBAR-GAMBAR ITU...

Termenung sendiri ke luar jendela… Tidak sendiri… Ada Ahmad di sisi, sedang asyik menikmati mee goreng dengan berseleranya… Hatiku masih begini, namun fikiran masih terkenangkan peristiwa semalam…

“Boleh tak awak delete semua gambar-gambar saya yang ada dalam koleksi awak?”

“Kenapa?”

“Saya takut awak akan terbawa-bawa oleh perasaan setiap kali melihat gambar-gambar tu...”

Di satu sudut hati ini berkata,

“Laa... Kan gambar-gambar tu diambil semasa event... Ku simpan gambar tu, sebagai sebahagian daripada event...”

Di sudut yang lain terdetik,

“Alaa... Sayang la... Ku suka senyuman dia dalam gambar tu... Ku takut suatu hari nanti aku akan lupa atau mungkin kehilangan senyuman tu...”.

Namun, hari ni hatiku tersentap, membuatkan ku mengelamun berfikir dan bermuhasabah...

“Jika benar dia permata hatiku, seharusnya Allah kan sematkan senyumannya dalam ingatanku...”

“Bukankah senyuman itu anugerah Allah? Seandainya suatu hari, ku terlupa senyuman itu atau ku mungkin kehilangan senyuman tu, itu tandanya ku dah lupakan Allah... Atau mungkin kerana ku telah kehilangan berkat Allah... Astaghfirullahal’azim, Nauzubillah...”

Hatiku terdetik lagi,

“Saban hari ku mengingatkan diriku bahawa tertariklah kepada seseorang yang membuatkan dirimu tersenyum kerna hanya senyuman yang mampu membuatkan hari-hari gelap menjadi cerah... Dan telah banyak kali dia membuatkan diriku tersenyum... Jadi, seharusnya ku tidak perlukan gambar-gambarnya lagi kerna Insya-Allah dia kan di hati...”

“Senyumannya dalam gambar tak beerti dia senyum di hari-harinya... Jika benar ku tertarik pada senyumannya, ku seharusnya membuatkan dia tersenyum setiap hari...”

Alhamdulillah, tegurannya telah menyedarkanku... Bahawa ku tidak perlukan gambar-gambar untuk mewakilinya lagi... Kerna, dia sudah di sini... Kini, ku ‘delete’ gambar-gambar itu...

AHMAD ZAKRY HAIKAL

(Tribute to Aisyah Humaira... Terima kasih sebab sedarkan saya...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal