SUKA SEBAB AWAK SUKA TANYA…

Assalamualaikum Aisyah,

Apa khabar awak sekarang? Semestinya sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan kan? Harap-harapnya, awak sentiasa sihat bersama kawan-kawan dan semoga awak kekal di bawah rahmat Allah SWT... Maaf sekiranya warkah saya ini mengganggu proses menelaah awak...

Aisyah,

Pertanyaan awak sebelum ni benar-benar membuatkan saya terfikir... Persoalan awak, bagaimana saya boleh tahan dengan sikap awak? Sejujurnya saya tak ada jawapan khusus untuk persoalan tu... Tapi, ada sesuatu yang meyakinkan saya... Saya sukakan sikap awak yang suka bertanya... Setiap kali awak bertanya, membuatkan saya berfikir... Setiap kali awak bertanya, membuatkan saya muhasabah diri ini...

Awak suka bertanya... Membuatkan saya terfikir tentang sesuatu yang mungkin saya terlupa... Bila awak bertanya, membuatkan saya pun tertanya-tanya... Oleh itu, kita dapat berbincang dan berkongsi pendapat... Kadang-kadang, awak bertanyakan apa yang saya sedia tahu... Membuatkan saya bertanya pada diri sendiri, betul ke pemahaman saya ni, persis ke penjelasan saya ni?

Awak suka bertanya... Untuk mendapatkan kepastian... Membuktikan awak tidak terus membuat kesimpulan sendiri tanpa asas yang nyata... Menyebabkan saya terasa, diri saya dipercayai... Membuatkan saya bersemangat untuk terus jujur dalam hidup ini... Semestinya, saya tak ingin mengecewakan sesiapa terutama insan yang mempercayai saya...

Insya-Allah Aisyah, persoalan yang awak bina dalam diri awak akan membantu awak berjaya demi masa depan awak... Kerna setiap persoalan yang awak timbulkan tidak bertujuan sia-sia dan sememangnya mendatangkan faedah pada diri awak juga mereka di sekeliling awak...

Aisyah,

Ramai insan yang suka bertanya... Sebagai satu cara provokasi... Dunia yang makin moden menyebabkan ramai insan yang tidak lagi menyebarkan fitnah dengan pemberitahuan... Insan-insan yang menyebarkan fitnah hari ini, menggunakan pertanyaan sebagai langkah provokasi dalam menyebarkan fitnah... Mereka menimbulkan persoalan tentang sesuatu isu, semata-mata untuk menghangatkan isu itu, supaya senang untuk mereka menyelitkan anasir-anasir fitnah... Akhirnya, persoalan mereka menimbulkan rasa tidak senang pada insan-insan yang mendengar terhadap insan lain... Subhanallah, dunia yang moden menyebabkan manusia merasakan diri mereka semakin cerdik walaupun hakikatnya mereka kembali seperti zaman Jahiliyyah... Insya-Allah, awak bukan orang sedemikian... Buktinya, awak selalu tanya saya tentang apa jua yang awak dengar, tanpa terus menerimanya dan membuat kesimpulan sendiri... Alhamdulillah, saya dikurniakan awak yang bersemangat inkuiri yang tinggi...

Ramai juga insan yang suka bertanya... Hakikatnya, mereka tidak menumpukan perhatian pada jawapannya... Mereka bertanya sekadar sebagai alasan untuk melanjutkan perbualan... Kononnya, mereka ingin dikenali sebagai seorang yang mesra... Tidak salah mencuba untuk menjadi seorang yang mesra... Namun, bayangkan perasaan insan yang ditanya seandainya dia sedar insan yang bertanya itu tidak menumpukan perhatian pada jawapannya... Sungguhpun insan yang bertanya seakan menumpukan perhatian sepanjang perbualan tersebut, pastinya akan ketahuan jua akhirnya jika dia mengulangi persoalannya... Seandainya terlupa, tidak mengapa... Namun jika persoalan yang sama diulang berkali-kali dalam tempoh masa yang sangat dekat, buktinya ada sesuatu yang tidak kena... Oleh itu, perlu muhasabah diri...

Aisyah,

Kata-kata orang dulu-dulu:

FIKIR DAHULU SEBELUM BERCAKAP...

Kini, saya tambahkan:

FIKIR DAHULU SEBELUM BERTANYA...

UNTUK APA PERTANYAAN ITU?

DAN APA NATIJAHNYA BERTANYA DEMIKIAN?

Aisyah,

Rasanya, sampai sini dahulu warkah saya ini... Maafkan saya sekali lagi seandainya warkah ini mengganggu awak... Semoga awak terus tegar dalam menelaah pelajaran... Semoga awak dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti dan lulus dengan cemerlang... Insya-Allah, saya juga akan buat yang terbaik dalam apa yang saya perjuangkan ni... Sampaikan salam saya kepada keluarga awak bila awak hubungi mereka nanti... Sampaikan juga salam saya kepada kawan-kawan awak yang terus berjuang bersama-sama awak... Saya doakan kejayaan awak dan kawan-kawan...

Sekian, Assalamualaikum...

HAIKAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal