HIDUP UMPAMA RODA...
KESILAPAN & PERUBAHAN
YANG MANA WUJUD TERLEBIH DAHULU?
SEBAB DIA BUKAN AWEK SAYA…
AIB RUMAHTANGGA
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
” Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.”
Ustaz begitu lantang mengutarakan sabda Nabi SAW tersebut… Tidak semena-mena diri ini terfikir, sudah bersediakah diri ini ke arah alam rumahtangga? Bagaimana halnya sikap diri ini sebagai persediaan sebelum masanya melangkah ke alam perkahwinan? Sejauh mana diri ini mempraktikkan tanggungjawab tersebut bersama kawan-kawan terutama teman-teman serumah, sebelum diri ini berkongsi hidup dengan insan tersayang? Setelus mana diri ini menyimpan rahsia-rahsia pabila setiap permasalahan bersama teman serumah sering terluah di Facebook?
Begitu kuat pengaruh Facebook sehingga setiap permasalahan dan rungutan sering diceritakan di dalamnya... Mengapa tidak diri ini bersua terus dengan teman-teman serumah dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi secara baik? Mengapa mesti dirungutkan pada Facebook, menyebarkan keluhan sehingga seluruh isi dunia tahu akan ia?
Mana sikap diplomasi diri ini jika diri ini malas untuk menegur kawan-kawan yang berbuat salah dan diri ini lebih rela meluahkan dan memperkatakan kesalahannya di Facebook? Dan sikap tanpa diplomasi yag baik inikah yang ingin diri ini didik untuk dibawa ke alam perkahwinan nanti?
Diri ini kerap memikirkan dan memperkatakan tentang perkahwinan... Namun, sejauh mana persediaan diri ini ke arah itu? Setahap mana telah diri ini didik dan disiplinkan diri sendiri supaya dapat menjadi amalan dalam alam rumah tangga nanti? Bila lagi diri ini ingin mendisiplinkan diri demi saling melengkapi pasangan hidup kelak? Tidakkah terlambat jika ditangguhkan?
Semoga diri ini diberi kekuatan untuk berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik sebagai persediaan saling melengkapi pasangan hidup kelak dan sebagai bekalan sepanjang hidup... Insya-Allah... Alhamdulillah di atas ingatan yang diberi oleh Allah SWT melalui ilham kurniaan-Nya...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
MENANTU BUAT ABI & UMI
Suatu petang…
M :
H, apa cerita kau dengan A sekarang?
H :
Alhamdulillah, kami baik-baik je…
M :
Dengar khabar, korang gaduh… Betul ke?
H :
Eh, takde la… Kami bukan gaduh… Cuma selisih faham sikit… Salah aku juga…
Ganggu dia buat keja… Logik la dia marahkan aku… Insya-Allah, bila berkesempatan nanti, aku pujuk dia dan Insya-Allah, semua akan kembali normal…
M :
Bukan apa... Kalau aku, aku biarkan je... Kan jodoh tu di tangan Tuhan... Lagipun, bunga bukan sekuntum... Kalau dah takde jodoh, kita masih boleh pilih yang lain sebagai isteri...
H :
Aku faham jodoh tu di tangan Tuhan... Sebab aku FAHAM, aku berusaha... Aku tak nak hanya duduk menanti... Selain jodoh, MATI juga di tangan Tuhan... Tapi, tak bermakna kita harus diam menanti mati... Sekurang-kurangnya, kita perlu berusaha kan? Paling tidak, kita mampu mati bermaruah... Begitulah juga soal jodoh... Jika takdirnya putus selepas kita dipertemukan pilihan hati, kita masih bermaruah kerana kita berusaha mempertahankan cinta kita... Apa yang di tangan Allah itu mengingatkan kita untuk berusaha dan bertawakal... Bukannya supaya kita bertawakal semata-mata...
Soal bunga bukan sekuntum, aku juga faham... Kalau cinta aku ni putus, aku mungkin boleh menerima insan lain sebagai bakal isteri aku dan insan yang aku pilih tu mungkin akan menjadi ISTERI TERBAIK buat aku... TAPI, adakah dia adalah MENANTU TERBAIK buat Abi dan Umi aku? Satu perkara yang aku pertimbangkan dalam soal CINTA ni, dia bukan hanya bakal menjadi ISTERI TERBAIK yang Insya-Allah akan aku sayangi dan cintai sepanjang hidup ni... Bahkan dia akan menjadi MENANTU TERBAIK buat Abi dan Umi aku dan bakal membahagiakan keluarga aku... Oleh itu, aku dan dia akan sama-sama disayangi oleh keluarga kami...