JANGAN HILANG HIKMAH


Di pondok kecil, di hening petang…

Atuk   :
Cucu-cucu Atuk, Atuk nak cakap sikit… Boleh?

Cucu-Cucu    :
Boleh je, Atuk…

Atuk   :
Hidup kita ni, penuh hikmah… Cakap kita, ada hikmah… Perbuatan kita, ada hikmah… Semua berhikmah, sampaikan lintasan hati kita ada hikmahnya…

Cucu 1            :
Macam mana pulak tu, Atuk???

Atuk   :
Macam ni, cucu-cucu Atuk… Bila kita cakap, bukan setakat kita nak orang dengar apa yang kita cakap… Biar orang terfikir, “Betul jugak apa yang dia cakap”… Walaupun bukan serta-merta, lambat-laun orang akan terfikir macam tu… Sama jugak apa yang kita buat… Itulah maksud hikmah dalam percakapan dan perbuatan…

Cucu 2            :
Macam mana pulak hikmah pada lintasan hati, pendengaran , dan penglihatan??? Kan semua tu berkonsep menerima, bukan memberi...

Atuk   :
Haa… Cantik soalan tu… Kat mana letaknya hikmah dalam bab-bab menerima ni??? Letaknya hikmah tu pada penerimaannya… Bila kita dengar, dengar je… Bila kita lihat, lihat je… Suatu masa nanti, kita sedar bahawa secara tak langsung kita telah belajar sesuatu melalui pendengaran dan penglihatan kita… Apatah lagi, jika ilmu yang kita dapat tu mampu kita jadikan pedoman mendepani hidup yang mendatang… Itulah hikmah pada pendengaran dan penglihatan…
Menyentuh bab lintasan hati, hikmahnya pada persis penilaian… Betapa tepatnya penilaian hati kita??? Betul atau tidak keputusan yang kita ambik??? Itu persoalannya, dan di situlah hikmahnya… Bila mana apa yang kita rasa adalah benar, itu maknanya lintasan hati itu berhikmah…

Cucu 3            :
Baiklah, macam susah nak faham… Tapi, lama-lama, bila difikir lagi dan lagi, Insya-Allah faham… Kena renung dalam-dalam ni…

Cucu 4            :
Kira hebat jugak la kita ni kan, Atuk???

Atuk   :
Itulah hadiah…Anugerah Allah untuk kita, semua manusia… Bukan mukjizat, bukan sakti, tapi hikmah yang disandarkan pada kita manusia…
Tapi, hikmah tu kalau disia-siakan, boleh hilang… Kalau boleh, kita nak sentiasa berhikmah… Kalau terus diizinkan, kita nak hikmah sentiasa bersama kita… Jadi, jangan sampai kita hilang hikmah…

Cucu 5            :
Eh, boleh pulak hikmah tu hilang??? Macam mana???

Atuk   :
Boleh… Kalau kita terus melakukan maksiat, melanggar perintah Allah, hikmah dalam diri kita boleh hilang…
Macam ni… Hikmah tu kan berlandaskan syariat… Kalau kita melakukan maksiat, atau dosa, maksudnya kita menentang syariat… Bila kita selalu dan terlalu seronok melanggar syariat, kita takkan mampu menilai syariat tu, biarpun hakikatnya kita terus dikurniakan panduan syariat… Apatah lagi, bila hati kita dah kelam, diselubungi tinta hitam akibat dosa…

Cucu 6            :
Apa agaknya akan jadi kalau hikmah tu hilang daripada kita???

Atuk   :
Senang… Secara ringkasnya, semua akan jadi terbalik… Cucu semua pernah dengar tentang kelebihan yang Allah kurniakan kepada Firaun???

Cucu 7            :
Firaun yang jahat, yang mengaku tuhan, pun ada kelebihan??? Entah, tak pernah dengar pulak…

Atuk   :
Ada… Kelebihan Firaun, dia akan buang air besar 40 hari sekali… Tapi, setelah dia begitu seronok melakukan dosa, sehingga sanggup mengaku dirinya sebagai tuhan, Allah terbalikkan kelebihannya… Balasannya, dia terpaksa buang air besar 40 kali dalam sehari…
Begitu jugalah yang akan terjadi kepada kita… Hikmah yang ada dalam diri kita mampu menjadi azab buat kita… Jika sebelumnya, kita tahu apa yang betul untuk kita buat… Bila hikmah dan jadi satu azab dalam diri kita, kita akan jadi bercelaru, dan terdorong untuk mengambil tindakan salah…

Cucu-Cucu    :
Baiklah… Insya-Allah kami faham… Dan Insya-Allah kami akan pelihara hikmah yang ada dalam diri kami… Terima kasih Atuk…

Atuk   :
Sama-sama…




Ya Allah Ya Tuhan,
Semoga tutur kata, butir bicara kami berhikmah… Semoga gerak gaya kami berhikmah… Semoga yang kami dengar berhikmah, yang kami lihat berhikmah, yang kami hidu berhikmah… Sudilah kurniakan hikmah pada kami… Semoga hikmah yang dikurniakan kepada kami akhirnya membawa kami ke syurga…
Alhamdulillah di atas hikmah yang sedia diberikan kepada kami… Semoga kami berupaya dan punya kudrat mempertahankan hikmah itu… Semoga hikmah yang dikurniakan itu tidak bertukar menjadi bala buat kami…
Amin Ya Rabbal Alamin…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal