Adat menyayangi, pasti ada merindu... Tapi, apa yang kita
lakukan bila merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah, atau
keluarga, pasti kita sudah hubungi mereka... Cara yang sudah menjadi kebiasaan
bila rindu... Bila rindu, hubungi... Dah hubungi, cakap lama-lama, tapi masih
merindu... Haa... Macam mana tu, saudara dan saudari sekalian... Sampaikan ada
yang sanggup tidur dengan telefon, atau mungkin bercakap dengan insan yang
dirindui sampai tertidur... Bagaimana jika kita terlalu rindu sehinggakan
membuak rasa ingin berjumpa dengan insan yang dirindui itu? Bagaimana pula jika
kita rindukan insan tersebut, tapi pada masa yang tidak sesuai? Rindu di kala
terjaga di tengah malam, mungkin? Atau kita tinggal berbeza benua dari insan
tersebut? Pada saat kita bangun tidur, mereka sudah tidur, pada saat mereka
bangun tidur, kita pula sudah tidur? Tapi, kita merindukan mereka... Apa nak buat,
pada ketika itu? Atau mungkin kita merindukan seseorang yang tidak halal bagi
kita (faham-faham la ye...)? Adakah
kita akan hubungi si dia, semata-mata untuk menyatakan rindu? Boleh jadi fitnah
tu... Jadi, apa nak buat bila kita rindu di keadaan yang tidak sesuai?
Jawapan yang ingin saya kongsikan, adalah solat sunat...
Insya-Allah, selesai isu merindu... Mengapa saya katakan solat sunat mampu
mengubat rindu? Satu analogi mudah... Bila kita merindukan seseorang, pastinya
timbul rasa ingin bertemu... Nak bertemu berhadapan, melihat mukanya di depan
muka kita, tak tercapai kerna jarak memisahkan... Tak kisah jarak fizikal atau
jarak syariat... Oleh itu, apa kata kita
temukan hati kita dengan hatinya? Di mana hatinya? Pastinya ada pada
tuhannya, Allah SWT...
Analogi lagi... Contohnya, kita merindukan buah hati yang
tinggal sekampung dengan kita... Lalu, kita ke rumahnya... Ops, lupa nak
beritahu yang buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah la katakan)...
Sampai ke rumah si dia, berjumpa si ayahnya... Lalu berkatalah kita, “Assalamualaikum
Pak Cik Haji... Saya datang ni, nak berjumpa Fatimah Az-Zahra...”. Maka
bertanyalah si Pak Imam, “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Apa
hajatnya Ali Imran nak jumpa anak dara pak cik ni?”. Selamba kita jawab, “Saya
rindu akan Fatimah Az-Zahra, pak cik... Rindu sangat-sangat... Dapat tengok
muka dia pun jadilah...”. Pak Imam pun membalas, “Ali Imran ingat Fatimah Az-Zahra tu Tugu Negara, nak tengok-tengok?
Ada bagusnya Ali Imran ke pantai, tengok pokok kelapa... Sambil-sambil tu,
istighfar... Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh...”.
Itu adalah contoh respon seorang bapa, pemilik diri anak
daranya... Betapa si bapa melindungi kehormatan diri anaknya... Namun,
kadang-kadang perisai si bapa bocor jua... Si dara terlepas jua... Maka, dari
rindu nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak
pegang-pegang, dan jadilah menjadi-jadi...
Oleh itu, sampaikan
rindu kita kepada pemilik hatinya... Inilah medium komunikasi hati ke
hati... Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh hatinya yang jauh nun di sana,
itu lebih terkesan berbanding bicara mulut manis bertebu di bibir... Kata rindu
yang dilafazkan juga ditapis dengan terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik
hatinya...
Selain itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan
dalam meredakan rindu... Kadang-kadang, pada saat kita bertakbir, degupan
kencang jantung kita mampu reda dengan serta-merta... Ajaib kan? Haa... Itulah
barakahnya solat sunat tatkala rindu... Selain itu, kita juga mampu ‘membunuh 2
burung dengan 1 batu’ (killing 2 birds
with 1 stone)... Kita bersujud
kepada Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kepada hati si dia...
Mengapa dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini
kerana hakikat bahawa rindu datang tidak tentu masa... Jika ingin menanti waktu
solat fardu, pastinya tidak ternanti... Oleh itu, laksanakanlah solat sunat,
kerna solat sunat tidak mengira masa... Contohnya, rindu kita datang pada jam 8
pagi... Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu... Kita boleh laksanakan
solat sunat Dhuha... Jika dah kita laksanakan solat sunat Dhuha, kita masih
boleh solat sunat yang lain-lain... Satu lagi analogi, contohnya kita mimpikan
si dia (rindu sangat, sampai termimpi)...
Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia... Apa nak buat?
Isyak, dah lama kita solat... Nak tunggu Subuh, lama lagi... Nak sambung tidur,
tak dapat, sebab rindu sangat... Senang je... Bangun, ambil wuduk, solat
sunat... Tak kisah nak solat istikharah atau solat hajat, atau mungkin solat
apa saja... Insya-Allah, terubat rindu tu... Dah terubat rindu, alang-alang dah
bangun tu, qiamulail terus sampai Subuh... Fuhh... Untung betul... Ramai insan lain, rindu, sia-sia...
Sebab mereka tak buat apa-apa... Ada
juga insan yang rindu, berdosa... Sebab mereka buat maksiat, hanya kerana
mereka rindu... Tapi, kita rindu,
berpahala... Sebab bila kita rindu, kita qiamulail, beribadat kepada Allah
SWT... Untung kan?
Teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal, “Kalau nak solat
sunat, boleh niat ‘Sahaja aku solat sunat kerana Allah Taala’. Cukup.”...
Maksud kata, solat sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak
tahu nak solat sunat apa, boleh je niatkan sebagai ‘solat sunat’... Itu sudah
memadai... Pendek kata, bila rindu,
solat sunat... Insya-Allah, rindu terubat, pahala pun dapat...
Rindu tak memerlukan suara
lunak...
Untuk nyanyikan, “Tuhan
sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu ku rindukannya” (nada: Ombak Rindu)...
Rindu tak memerlukan kredit
telefon berpuluh...
Untuk telefon dia, melepaskan
rindu berjam-jam...
Rindu cuma memerlukan usaha
sedikit...
Usaha untuk menyamankan badan
dengan wuduk...
Usaha untuk bersolat sunat...
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, mungkin
sia-sia...
Luangkan masa menghubungi si
dia, mungkin berdosa, mungkin juga sia-sia...
Luangkan masa bersolat sunat,
berpahala...
Nota : Rindu di sini tak semestinya rindukan buah hati...
Rindu di sini juga teraplikasi pada rindukan keluarga. Rindukan sesiapa sahaja,
Insya-Allah solat sunat adalah langkah yang praktikal sebagai meredakan
rindu...
terbaek
BalasPadamaha... batu taw...
BalasPadamtrbaekkkk :)
BalasPadamSeronok sgt mse bce..sbb sy da tau cara nak lepas rindu tp xmndtgkn dosa..insya allah akan saya amalkan..
BalasPadamwah terbaik lah, tapi adakah benar kalau kita pernah minta doa agar Allah swt sampaikan rindu kita buat orang yang kita mahu (orang yg kita suka), orang itu juga akan terasa sesuatu tentang kita walaupun orang itu tak tahu pun kalau kita sukakan dia ataupun pada masa yg sama dua membenci kita (tapi kita suka dia)? saja bertanya, inginkan kepastian. t.kasih :)
BalasPadamTerima kasih... Biasa-biasa saja... Allah jua pemilihan segala... Pada pendapat saya yang daif ni, bila mana kita memohon pada Allah SWT, kita kena husnuzon (sangka baik)... Insya-Allah, sekurangnya Allah akan perelokkan kita di mata si dia...
Padamterima kasih..tips yang sangat membantu..:)
BalasPadamklu terasa rindu lps zohor..nk solat sunat apa ye.skrg kul 3 ptg
BalasPadamTrime kasih kerana terbitkn artikel ini.skrunk baru sy fham ape ertinya rindu yg halal dlm islam.
BalasPadamterima kasih akhi. Saya terlalu rinduuu dengan seseorang yang terlalu mustahil untuk saya bernikah. dan saya selalu juga termimpi2 beliau kerana terlalu rindu dengannya. unutk bertemu adalah mustahil sama sekali. untuk bercakap, sms, watsup pula saya khuatir ia jd finah Semoga solat sunat yang di amalkan sesiapa sahaja yang membaca artikel ini mendapat pahala dan di perkenan kan segala doa.
BalasPadamterima kasih,bagus sangat..cara yg terbaik..nak buat camni la :D
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian ini. Rindu yg mendekatkan kita pada Yang Maha Esa inshaa Allah....pasti ada hikmah disebaliknya.
BalasPadamAssalamualaikum..mohon share bole? :)
BalasPadamWaalaikumussalalamwarahmatullahiwabarakatuh... Silakan share... Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan...
BalasPadamGood sharing... and memang bole di amalkan.. insyaallah. .. pasti ...
BalasPadamassalamu`alaikum......tenang tgk blog ni
BalasPadamBagusnya aku suka suka itu boleh kah kamu buat lagi terima kasih
BalasPadamTerimakasih , jalan keluarnya
BalasPadambaguslah
BalasPadamAlhamdulillah..syok sngt bila baca tadi..sy dh tahu acmne nk lpskn rindu tanpa buat dosa..In sha allah sy akan amalkan..terima kasih.!
BalasPadamrindu pada seorang ajnabi, yg sekian lama sudah berpisah, namun tetap saya rindu sampai hari ni. semoga diberi kekuatan untuk tempuh rindu ini .
BalasPadamSangat membantu.. Terima kasih.. :')
BalasPadamsaya suka blog awak...thanks mnyebarkn ilmu..
BalasPadamterima kasih... semoga Allah mengampuni kita semuaa. :)
BalasPadamKlu cara sy.. Selain Dari solat sunat..LPs solat fardhu..sy akn berdoa n mengadu kpd Allah..lama Tu jgn ckp laa.. Kdg2 smpai mngis2.. Tp alhmdulillh LPs Tu rasa lega.. Tenang.. X yh Nak risau ke ap.. Sbb Kita yakin Yg hati dia Allah pegang.. One more..pesan sy.. Sukailah seseorg itu secara diam2 seprti saidina Ali Dan Fatimah az zahra Yg akhirnya Allah 1 Kan mereka.. :) wallahua'lam
BalasPadamterimakasih atas perkongsian ilmu nya... sy merindui nya tapi tak mungkin akn bertemu lagi.. hanya pd ALLAH mengadu... INSYAALLAH D AMALKN
BalasPadamApakala rindu sehingga menitis airmata tanda hati tu ikhlas mencintai dia.sedangkan dia tidak tahu. Berdoa la pada allah. Allah maha mendengar.allah tahu apa terbaik utk kite. Sukai seseorang dalam diam seperti saidina Ali dan Fatimah Az Zahra yg akhirnya allah satukan mereka
BalasPadamSubhanallah..terima kasih untuk entri ni...
BalasPadamAlhamdulillah..jazakallahu khairan kathira. Entri yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan..
BalasPadamRINDU itu adalah dari ALLAH..serahkan kembali kepadaNYA rasa RINDU itu..DIA pasti memberikan solusi yang terbaik dengan rasa RINDU.
Salam 12 RAMADHAN 1436H..
#BulanPengampunan
#MadrasahRAMADHAN2015
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 12-09-1436H | 29-06-2015M 12:52
Tapi kalau saya period, x boleh solat, macamana saya nak buat? Sebab masa x period, lepas solat fardhu sy mmg doa cerita sume kat Allah lepas tu rasa tenang. Tapi cuti seminggu x boleh. Ape saya nak buat?
BalasPadamAssalamualaikum saudari Jane Doe... Insya-Allah, saudari masih boleh berwuduk dan berdoa... Insya-Allah, dengan berwuduk hati akan tenang... Dan dengan berdoa, walaupun tanpa solat terlebih dahulu, saudari mungkin dapat kesan yang sama... Insya-Allah...
BalasPadamAssalamualaikum, boleh tanya. Yang niat solat sunat dari Ustaz Don tuhh 2 rakaat ehh?
BalasPadamWaalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Ya, niat solat sunat dari Ustaz Don tu 2 rakaat...
BalasPadamAssalamualaikum saudara Haikal. Saya ingin brkongsi cerita dan brtanyakan pendpat. Saya brkenalan dgn seseorang sewaktu zmn sy belajar di universiti. Kami belajar dlm bidang yg sama. Dia junior sy. Pd mulanya kami hnya saling membantu dr segi pelajaran. Tnpa sy sedar, sy telah jatuh hati pd dia. Terasa ingin brsama setiap msa tp sy xpernah dating dgn dia. Sy hormat dia sbgai seorang wanita muslimah yg sntiasa berusaha mnjaga pergaulan spya tidak melepasi batasan. Hubungan prsahabatan kami baik. Hanya kwn tp hanya Allah yg tahu betapa sy menanggung perasaan. Sy sgt mendambakan dia sbgai suri hidup sy. Sy meminta dan terus meminta kpd Allah sehinggalah sy x mampu menahan lalu sy luahkan hasrat hati trhadapnya. Sy x mahu fikirkan lagi brkenaan hal ni tp InsyaAllah, sekiranya Allah tetapkan ada jodoh antara saya dan awak, we will be together one day. Itu adalah jwpn yg dia bg. Sy menaruh hrpn yg tinggi kpd Allah spya jodohkan sy dgn dia. Sy solat istikharah, minta petunjuk drpd Allah moga2 dia yg terbaik untuk diri sy. 4 thn prkenalan. Suatu hr, dia cntact sy. Katanya, dia akn brnikah xlama lg. Sy trgamam. Mmg sy akui, hati sy retak. Sedih. Dia punyai segala ciri yg sy idamkan sbgai wanita solehah. Tp sy xnk tunjuk kt dia yg sy sedih sbb sy takut dia rasa serba salah. Biasalah. Lelaki perlu brsikap cool. Itu jodohnya dan sy cuba terima dgn hati yg lapang. Mungkin jodoh yg terbaik untuk sy belum lagi menjelmakan diri. Tp sy x nafikan, sy masih merindui dia wlpn skrg dia dh brgelar isteri org. Sejak dia brkhwin, sy xpernah hubungi dia lg. Sy teringin nk tahu khabar dia tp sy tahu sy x boleh hubungi dia. Ya, sy selalu doakan semoga dia bahagia dgn kehidupan dia skrg. Sy selalu doakan smoga suaminya dpt bg kebahagiaan spnjg msa buat dia, tidak sesekali buat dia brsedih. Adakah salah prbuatan sy ni? Merindui seseorang yg bukan lagi halal untuk sy? Sy betul2 sygkan dia. Belum prnah sy jumpa wanita seumpamanya. Setiap tindakannya, dia akan fikir baik buruk dan apa kesannya trhadap orang lain. Dia bukanlah wanita yg dari awal prkenalan lagi sudah bertudung labuh, berstokin, bersarung lengan. Tidak. Tapi, pengalaman demi pengalaman yg dikutip banyak mengajar dan mengubah dirinya menjadi seorang muslimah yang baik. Ya, sy akui sy selalu memerhatikannya dari jauh sekiranya kami sama2 terlibat dalam program universiti. Bunyinya mcm menakutkan tp sy xdpt elak diri sy drpd mengaguminya. Sy tahu serba sedikit kisah hidupnya. Dia seorang yg sgt cekal. Sy nampak sendiri perubahan dirinya ke arah yg lebih baik & sy xdpt elak drpd jatuh hati trhadapnya. Pernah jga sy cuba untuk buka hati sy menerima org lain tp sy xmampu untuk mnyintai org lain sepertimana sy menyintainya. Sy sgt2 rindukan dia. Doa sudah, solat sunat pun sudah. Tapi akal dan hati sy seperti x mampu nk lenyapkan dia. Apa lg perlu sy buat? Sy bingung dgn diri sy sndiri.
BalasPadamWaalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Alhamdulillah, saudara telah bertindak sewajarnya sepanjang saudara jatuh hati dahulu... Berkenaan dilema yang saudara alami, cuba solat hajat... Pohon semoga ditenangkan jiwa, semoga saudara tenteram... Selain memohon semoga jodoh saudara tiba... Dalam menyayangi seseorang, ada satu tahap sayang yang lebih tinggi... Tahap sayang yang lebih tinggi itu adalah, menyayyangi seseorang sehingga kita inginkan dia bahagia, walau tidak bersama kita... Inilah tahap sayang yang umumnya dimiliki oleh ibu bapa... Menyayangi orang tersayang, sehingga hanya ingin orang tersayang bahagia, walaupun akhirnya terpaksa melepaskan si dia pergi bersama jodohnya...
PadamAssalamualaikum saudari Ahmad, saya ingin bertanya bagaimana pula ketika kita teramat merindukan orang yang sudah pergi mahupun di panggil Allah yarham? Saya perlukan penjelasan tersebut
PadamWaalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Saudara/Saudari boleh solat sunat rindu, bagi meluahkan rindu tersebut. Insya-Allah, semoga rindu tersebut sampai kepada rohnya... Saudara/Saudari juga boleh panjatkan doa kepada rohnya, terutama setiap kali selepas solat. Semoga jawapan ini bermanfaat... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh Allahyarham...
PadamAlhamdulillah.. terima kasih ats perkongsian.. :)
BalasPadamMasyallah! Maha suci Allah..di saat hati ini merindui seorang yg bukan milik kita..terjumpa akan blog..ini..terima kaseh dik atas perkongsian.
BalasPadamAssalamualaikum,saya nk ckp skit niii...yg saya sekarang sedang rindu kepada ustazah yg mengajar saya mengaji semasa saya kecil dahulu...Dan sekarang kami terpisah...Saya berpisah dgn nya selama 6 thn...rumah saya dgn nya xlah jauh sngt...tapi saya malu untuk berhadapan dgn nya...sekian
BalasPadammasyaAllah...terima kasih atas perkongsian dik... smoga apa yang dik share kat sini menjadi petunjuk kepada sesiapa yang buntu dan menjadi saham akhirat buat dik... amin.. :)
BalasPadamrindu padamu YA ALLAH..rindu nak menangis untukmu....rindumu Ya ALLAH...
BalasPadamAlhamdulillah saat hati sarat dgn rindu pada dia yg bukan halal(tunang). Tambahan pula dalam tempoh 6bulan langsung tak dapat dihubungi kerana tanggujawabnya pada negara . Terjmpa blog ni, rasa macam terjumpa jawapan macam mana nk urus rindu ni...
BalasPadamallahu..
Tq atas prkongsian, solat sunat, beruntung nyaa kita, Smakin kuat rindu si dia, semakin dekat dgn tuhan, semakin meletakkan harapan pada tuhan. Semakin ikhlas beribadat.
In shaa allah.. Moga sampai bila bila pun tetap ikhlas beribdat pd tuhan. Bkn hanya saat merindu saja.
Terima kasih tuan atas perkongsian ini
BalasPadamAssalammualaikum..alhamdulilah bila sy mnbacanya rasa brsyukur sgt2 pd Allah..coz kalbu kita Allah yg pegang..hnya dgn solat dpt mgubah sgalanya..doa merupakn senjata kita umat islam..rindu cara baik akn dpt pahala bg kita semua..tq..wslm
BalasPadamAssalammualaikum..alhamdulilah bila sy mnbacanya rasa brsyukur sgt2 pd Allah..coz kalbu kita Allah yg pegang..hnya dgn solat dpt mgubah sgalanya..doa merupakn senjata kita umat islam..rindu cara baik akn dpt pahala bg kita semua..tq..wslm
BalasPadamSaya juga sedang merindui seseorang seseorang yang saya minati sejak dari zaman sekolah. Saya ingin sentiasa berhubung dengannya, namun sebab dia dah ada isteri dan anak2..saya tahan saja..kadang2 rasa sebak di hati. Semoga dia n keluarganya sentiasa bahagia. Dan semoga suatu hari nanti Allah hilangkan rasa rindu ini pada dia..aamiin..
BalasPadamTerimakaseh pencerahannya
BalasPadamBagaimana kalu rindukan arwah suami yg telah tiada?
BalasPadamDoakan dia, puan... Puan juga boleh solat hajat khas untuk kesejahteraan arwah suami puan... Semoga solat hajat tu dapat mewakili titisan air mata rindu puan...
Padam