“Apa nak jadi... Perempuan bertudung pun
dirogol...”
“Tak payah la bertudung... Sekarang ni, ramai
perempuan, bertudung pun dirogol...”
“Sia-sia je bertudung... Dah la nampak mundur,
macam orang kampung, silap-silap jadi mangsa rogol jugak...”
Rogol, rogol, rogol...
Banyaknya jenayah rogol di Malaysia... Semua ingin dirogol... Sehinggakan
wanita bertudung pun tak selamat dari jenayah rogol... Sungguhpun demikian,
ayuh kita singkap kembali statistik, ayuh kita bandingkan jumlah mangsa rogol
yang tak bertudung berbanding mangsa rogol yang bertudung... Berapa ramai je wanita bertudung yang
menjadi mangsa rogol, berbanding betapa ramai wanita tak bertudung yang
dirogol? Dalam seminggu, boleh dikatakan setiap hari ada jenayah rogol...
Tapi, bukan setiap hari itu mangsa rogolnya adalah wanita bertudung... Jadi,
mengapa wanita bertudung dirogol yang
dijadikan isu? Mengapa ia menjadi alasan ramai wanita tidak ingin bertudung?
Baiklah, saya terima
bahawa jika dikumpulkan, tidak sedikit wanita yang bertudung yang menjadi
mangsa rogol... Namun begitu, izinkan saya mengajak sidang pembaca sekalian
untuk membuat perbandingan jumlah mangsa rogol yang bertudung litup dengan
mangsa yang bertudung ala kadar, yang menampakkan jambul atau yang sekadar
menutup jambul... Berfesyen tidak salah... Fesyen tudung tidak perlahan
evolusinya... Tapi, aurat perlu ditutup, walaupun berfesyen... Jangan dibiarkan
seutas benang pun kurang pada pemakaian... Aurat tu, jangan dibiarkan terbayang
pun... Begitu juga dalam bertudung... Lebihkan urat pada benang tudung,
jangan dibiarkan seurat pun rambut terbayang... Ya, saya gunakan ‘TERBAYANG’,
bukannya ‘TERLIHAT’... Kalau ‘terbayang’ pun tidak diizinkan, apatah
lagi ‘terlihat’... ‘Terlihat’ pun, bukan sekadar bererti tertonjol rambut
seurat-seurat... Bonggol atau sanggul pun, jangan diserlahkan... Seakan sesuatu
yang ironi... Mereka yang tidak bertudung mengatakan mereka ingin lepaskan
rambut, supaya rambut dan kulit kepala dapat bernafas... Tapi bila dah bertudung,
bersanggul pula besar-besar... Bukankah bersanggul tu menyekat rambut dan kulit
kepala bernafas?
Rasanya, cukuplah isu kesempurnaan bertudung yang
diketengahkan... Belum lagi bab pemakaian sendat dan isu tutup aurat dengan
sempurna dibangkit dan diulas... Kadang-kadang dengan melihat kaki seorang
wanita sahaja, dah mampu membangkitkan nafsu sesetengah lelaki... Itu, belum
lagi melihat lengan atau bentuk badan wanita... Dan kini, kita mempersoalkan
kenapa wanita tu dicabul, mengapa wanita ini dirogol? Bukanlah saya meletakkan
jenayah wanita dirogol kepada wanita semata dan mengelak daripada menyalahkan
lelaki... Tapi, setiap insan ada nafsu... Nafsu yang jahat dan membara
menghasut ke arah maksiat, harus dibendung... Bagaimana usaha membendung nafsu itu,
jika nafsu itu sering diapi-apikan oleh kaum wanita sendiri?
Bersamalah kita menutup pintu-pintu maksiat... Janganlah
nafsu maksiat itu diapi-apikan dan dimanjakan... Ingatlah bahawa nafsu maksiat
itu melarat... Buktinya, sehinggakan kini ada bayi dan nenek dirogol... Salah
siapa? Salah bayi dan nenek tidak berdaya itu ke yang menggoda lelaki merogol
mereka? Ya, salah lelaki kerna bernafsu liar... Tapi, siapa yang membuatkan
nafsu lelaki itu mengelodak? Ya, bukan hanya sebab wanita yang berpakaian seksi...
Ya, salah media juga... Tapi, dalam banyak-banyak pintu maksiat itu, mengapa
tidak ditutup satu atau mungkin sebahagian daripadanya?
Maaf atas kekhilafan diri ini berbahasa... Diri ini sekadar cuba
menyampaikan hakikat, agar kita dapat sama-sama berfikir dan renungkan...
MENGAPA DISURUH SANG LELAKI MERENDAHKAN PANDANGAN BERJALAN TUNDUK, JIKA SI
WANITA MENINGGIKAN PANDANGAN BERJALAN MEGAH MENAMPAKKAN AURAT DAN KESEKSIAN?