Adat menyayangi, pasti ada merindu... Tapi, apa yang kita
lakukan bila merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah, atau
keluarga, pasti kita sudah hubungi mereka... Cara yang sudah menjadi kebiasaan
bila rindu... Bila rindu, hubungi... Dah hubungi, cakap lama-lama, tapi masih
merindu... Haa... Macam mana tu, saudara dan saudari sekalian... Sampaikan ada
yang sanggup tidur dengan telefon, atau mungkin bercakap dengan insan yang
dirindui sampai tertidur... Bagaimana jika kita terlalu rindu sehinggakan
membuak rasa ingin berjumpa dengan insan yang dirindui itu? Bagaimana pula jika
kita rindukan insan tersebut, tapi pada masa yang tidak sesuai? Rindu di kala
terjaga di tengah malam, mungkin? Atau kita tinggal berbeza benua dari insan
tersebut? Pada saat kita bangun tidur, mereka sudah tidur, pada saat mereka
bangun tidur, kita pula sudah tidur? Tapi, kita merindukan mereka... Apa nak buat,
pada ketika itu? Atau mungkin kita merindukan seseorang yang tidak halal bagi
kita (faham-faham la ye...)? Adakah
kita akan hubungi si dia, semata-mata untuk menyatakan rindu? Boleh jadi fitnah
tu... Jadi, apa nak buat bila kita rindu di keadaan yang tidak sesuai?
Jawapan yang ingin saya kongsikan, adalah solat sunat...
Insya-Allah, selesai isu merindu... Mengapa saya katakan solat sunat mampu
mengubat rindu? Satu analogi mudah... Bila kita merindukan seseorang, pastinya
timbul rasa ingin bertemu... Nak bertemu berhadapan, melihat mukanya di depan
muka kita, tak tercapai kerna jarak memisahkan... Tak kisah jarak fizikal atau
jarak syariat... Oleh itu, apa kata kita
temukan hati kita dengan hatinya? Di mana hatinya? Pastinya ada pada
tuhannya, Allah SWT...
Analogi lagi... Contohnya, kita merindukan buah hati yang
tinggal sekampung dengan kita... Lalu, kita ke rumahnya... Ops, lupa nak
beritahu yang buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah la katakan)...
Sampai ke rumah si dia, berjumpa si ayahnya... Lalu berkatalah kita, “Assalamualaikum
Pak Cik Haji... Saya datang ni, nak berjumpa Fatimah Az-Zahra...”. Maka
bertanyalah si Pak Imam, “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Apa
hajatnya Ali Imran nak jumpa anak dara pak cik ni?”. Selamba kita jawab, “Saya
rindu akan Fatimah Az-Zahra, pak cik... Rindu sangat-sangat... Dapat tengok
muka dia pun jadilah...”. Pak Imam pun membalas, “Ali Imran ingat Fatimah Az-Zahra tu Tugu Negara, nak tengok-tengok?
Ada bagusnya Ali Imran ke pantai, tengok pokok kelapa... Sambil-sambil tu,
istighfar... Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh...”.
Itu adalah contoh respon seorang bapa, pemilik diri anak
daranya... Betapa si bapa melindungi kehormatan diri anaknya... Namun,
kadang-kadang perisai si bapa bocor jua... Si dara terlepas jua... Maka, dari
rindu nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak
pegang-pegang, dan jadilah menjadi-jadi...
Oleh itu, sampaikan
rindu kita kepada pemilik hatinya... Inilah medium komunikasi hati ke
hati... Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh hatinya yang jauh nun di sana,
itu lebih terkesan berbanding bicara mulut manis bertebu di bibir... Kata rindu
yang dilafazkan juga ditapis dengan terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik
hatinya...
Selain itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan
dalam meredakan rindu... Kadang-kadang, pada saat kita bertakbir, degupan
kencang jantung kita mampu reda dengan serta-merta... Ajaib kan? Haa... Itulah
barakahnya solat sunat tatkala rindu... Selain itu, kita juga mampu ‘membunuh 2
burung dengan 1 batu’ (killing 2 birds
with 1 stone)... Kita bersujud
kepada Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kepada hati si dia...
Mengapa dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini
kerana hakikat bahawa rindu datang tidak tentu masa... Jika ingin menanti waktu
solat fardu, pastinya tidak ternanti... Oleh itu, laksanakanlah solat sunat,
kerna solat sunat tidak mengira masa... Contohnya, rindu kita datang pada jam 8
pagi... Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu... Kita boleh laksanakan
solat sunat Dhuha... Jika dah kita laksanakan solat sunat Dhuha, kita masih
boleh solat sunat yang lain-lain... Satu lagi analogi, contohnya kita mimpikan
si dia (rindu sangat, sampai termimpi)...
Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia... Apa nak buat?
Isyak, dah lama kita solat... Nak tunggu Subuh, lama lagi... Nak sambung tidur,
tak dapat, sebab rindu sangat... Senang je... Bangun, ambil wuduk, solat
sunat... Tak kisah nak solat istikharah atau solat hajat, atau mungkin solat
apa saja... Insya-Allah, terubat rindu tu... Dah terubat rindu, alang-alang dah
bangun tu, qiamulail terus sampai Subuh... Fuhh... Untung betul... Ramai insan lain, rindu, sia-sia...
Sebab mereka tak buat apa-apa... Ada
juga insan yang rindu, berdosa... Sebab mereka buat maksiat, hanya kerana
mereka rindu... Tapi, kita rindu,
berpahala... Sebab bila kita rindu, kita qiamulail, beribadat kepada Allah
SWT... Untung kan?
Teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal, “Kalau nak solat
sunat, boleh niat ‘Sahaja aku solat sunat kerana Allah Taala’. Cukup.”...
Maksud kata, solat sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak
tahu nak solat sunat apa, boleh je niatkan sebagai ‘solat sunat’... Itu sudah
memadai... Pendek kata, bila rindu,
solat sunat... Insya-Allah, rindu terubat, pahala pun dapat...
Rindu tak memerlukan suara
lunak...
Untuk nyanyikan, “Tuhan
sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu ku rindukannya” (nada: Ombak Rindu)...
Rindu tak memerlukan kredit
telefon berpuluh...
Untuk telefon dia, melepaskan
rindu berjam-jam...
Rindu cuma memerlukan usaha
sedikit...
Usaha untuk menyamankan badan
dengan wuduk...
Usaha untuk bersolat sunat...
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, mungkin
sia-sia...
Luangkan masa menghubungi si
dia, mungkin berdosa, mungkin juga sia-sia...
Luangkan masa bersolat sunat,
berpahala...
Nota : Rindu di sini tak semestinya rindukan buah hati...
Rindu di sini juga teraplikasi pada rindukan keluarga. Rindukan sesiapa sahaja,
Insya-Allah solat sunat adalah langkah yang praktikal sebagai meredakan
rindu...