WALIMAH ITU HARAM…


Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
“Adakanlah walimah meskipun dengan seekor kambing.”
[HR Bukhari]
Hari walimah, yakni majlis kesyukuran dan meraikan pengantin, merupakan saat yang amat penting bagi pengantin muslim... Satu hari yang menjadi saksi terpenting, tanda kesyukuran disuratkan kerna 2 hati yang saling mencintai dan berkasih sayang telah ditautkan... Ikatan dan penyatuan hati-hati ini diumumkan melalui satu majlis walimah...
Bahkan Rasulullah SAW menuntut diadakan majlis walimah bagi setiap perkahwinan, kerna walimah itu menjadi sebuah syiar kebanggaan umat Islam... Walimah itu juga salah satu tanda kemuliaan dan keagungan Islam...
Namun, sayang disayang, anak Adam dan Hawa ternoda melayang... Walimah yang sepatutnya dimuliaakan dan disyukuri telah terpalit maksiat dan penuh perkara yang dibenci Allah SWT... Kerna terlalu asyik dan tidak sabar meniti hari bahagia dan dek terlalu sibuk membuat persediaan meraikan raja sehari, walimah tidak diteliti kesempurnaannya, membuatkan majlis walimah itu terkontang-kanting tercemar saat tiba harinya... Lalu terjadilah walimah yang haram... Astaghfirullahal’azim...
Terasa terpanggil sebagai satu tanggungjawab, izinkan saya berkongsi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian teliti dalam pengendalian majlis walimah... Di samping itu, saya juga memperingatkan diri saya tentang semua ini...
1)      Majlis walimah bertujuan melaksanakan ibadah kepada Allah SWT dengan niat mencari keredhaan-Nya dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Jauh dari unsur riak, majlis walimah bukan untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan dan kekayaan, juga bukan untuk memenuhi status dan permintaan ramai... Berbaliklah kita kepada tujuan asal, untuk apa kita adakan majlis walimah itu? Niat yang sebetulnya adalah untuk dikhabarkan kepada masyarakat sekeliling bahawa si fulan dan si fulan telah sah berkahwin dan mengelakkan terkena panahan fitnah di hari-hari mendatang... Jadi, cukuplah sekadarnya sahaja majlis itu kita adakan... Yang ingin disampaikan adalah siapa yang berkahwin dengan siapa, bukanlah siapa yang berbelanja berapa...

2)      Hindarkanlah amalan syirik dan khurafat yang ternyata mengundang Allah SWT terhadap majlis yang sebegitu mulia... Malang sungguh bagi antara kita yang masih mengamalkan adat-adat yang melibatkan penyekutuan kepada Allah SWT... Saya ambil contoh amalan bertemu dukun dalam proses menetapkan tarikh dan tempat majlis walimah... Tidak kurang juga insan-insan yang percaya akan nombor dan tarikh tertentu yang kononnya punya keramat... Jelas amalan ini bertentangan dengan syara’... Apakah tidak cukup Allah SWT bagi kita dalam membimbing kita dalam setiap keputusan? Mana ertinya istikharah dalam hidup ini andai pada jua kita sandarkan kepercayaan?

3)      Setiap yang terlibat dengan majlis walimah seharusnya mendidik nafsu agar tidak terlanjur sehingga menderhakai perintah Allah SWT... Elakkanlah gerbang-gerbang maksiat... Memang benar yang diraikan adalah pasangan pengantin, namun tidak perlulah sehingga pengantin menyanyi dan menari menghiburkan hadirin... Ini hanyalah satu contoh yang ingin saya bawakan kerna budaya ini seolah semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia... Bagi saya, walaupun yang menyanyi dan menari itu hanyalah pengantin lelaki, harus dielakkan... Perancangan ini kelihatan bagus kerna pengantin wanita tidak menyanyi atau menari atas kesedaran batasan aurat mempelai wanita... Namun, siapa yang dapat menjangkakan dan mengawal hadirin, yang mungkin menjerit meminta pengantin wanita turut menyanyi dan menari? Siapa sangka, dalam keasyikan pengantin lelaki menyanyi dan menari, ada hadirin wanita yang tampil sama-sama menyanyi dan menari? Jika itu terjadi, perbalahan dek sifat cemburu mungkin berlaku lantas merosakkan kebahagiaan mempelai... Oleh itu, lebih baik jangan dimulakan...

4)      Fokuskan kembali jemputan majlis walimah itu dengan mengundang golongan yang kurang berada... Elakkan sifat membedakan darjat atau sistem kasta dalam undangan...
Sabda Rasulullah SAW:
“Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah (yang diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang dari orang miskin).
[HR Muslim & Baihaqi]

5)      Sebagai tuan rumah dan orang yang paling berhak menentukan segalanya bagi majlis walimah kita, elakkanlah ikhtilat (percampuran lelaki dan perempuan)... Cuba sepenuh daya dan upaya untuk mengasingkan tempat duduk lelaki dan wanita sebagai satu langkah menghindari maksiat terutamanya zina mata yang akhirnya membawa kepada zina hati...
Rasulullah SAW bersabda:
“2 mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram).”
[HR Bukhari]

Allah SWT juga berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”
[Al-Isra’ : 32]

Oleh itu, sebagai orang yang punya hak sepenuhnya, tutuplah gerbang-gerbang zina agar majlis walimah kita kekal dirahmati Allah SWT dan tidak sekali-kali mengundang kemurkaan-Nya...

6)      Hiburan, sejauh mana kita mengawalnya pada majlis walimah kita? Adakah ianya merupakan satu keperluan? Sebaiknya, hindarilah sebarang hiburan yang mampu merosakkan nilai ibadah walimah kita... Alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan bukanlah kegembiraan hakiki, akan tetapi yang kita inginkan adalah ketenangan dikecapi di hati, tatkala majlis kita melambangkan kesyukuran kepada Allahu Rabbi... Ini bukan soal kedekut, tetapi itu adalah satu cara kita katakan kepada hadiri bahawa apa yang kita inginkan adalah ucapan selamat yang eksklusif daripada mereka, bukanlah berasaskan lagu-lagu yang hanya omongan dan boleh dimainkan di mana sahaja dan bila-bila masa... Jika hadirin inginkan sumber kegembiraan, doakanlah pengantin dan saksikanlah kebahagiaan melalui ketenangan muka mempelai... Itu yang seharusnya... Lebih bermakna berbanding kegembiraan melalui lagu-lagu gembira yang tidak tentu bahagianya dan hanya sementara, palsu semata... Semoga kegembiraan walimah kita mengingatkan kita kepada kehidupan di akhirat...

7)      Adakanlah majlis walimah itu sekadarnya... Elakkan pembaziran berlebihan apa lagi sehingga melampaui kemampuan...
Firman Allah SWT:
“Dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.”
[Al-Isra’ : 17]

8)      Ingat tujuan kita mengadakan majlis walimah adalah untuk berkongsi kebahagiaan dan untuk khabarkan bahawa ada hati-hati telah disatukan dengan ikatan yang sah, bukanlah untuk mempamerkan atau mempertontonkan perhiasan. Tidak asing bagi sebahagian besar antara kita, mengandam pengantin dan menghias rumah untuk hari bahagia... Acap kali, mempelai wanita dijadikan bahan tontonan dan dipamerkan di atas pelamin disaksikan khayalak yang terdiri dari kaum lelaki yang bukan mahram... Tidak kurang juga yang menggunakan khidmat jurusolek dan jurugambar lelaki... Masya-Allah, hilang sudah batas-batas aurat antara mahram... Cukuplah sekadar si suami tahu betapa cantiknya isterinya dan cukup si isteri sahaja yang tahu betapa kacaknya suaminya... Tidaklah perlu dipamerkan apa yang sedia indah kerna Insya-Allah yang indah kan kekal indah samada dipamerkan atau tidak... Isteri sebagai perhiasan buat suami, wajib suami memeliharanya secara eksklusif dan sebaiknya... Bagi hadirin sekeliling, cukuplah kiranya sekadar mereka tahu bahawa kita telah beristeri dan siapa isteri kita, agar tidak timbul fitnah bila bahtera rumahtangga dilayari... Tidaklah perlu bagi mereka untuk tahu betapa cantik isteri kita kerna cantik itu subjektif, cukup hanya suami yang tahu kecantikan isterinya...

Bagi hadirin majlis walimah, sampaikanlah ucapan selamat dan doakanlah keberkatan bagi pasangan mempelai serta keluarga mereka... Alangkah indahnya kira semua hadirin mendoakan pasangan pengantin sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
{transliterasi} Barakallahuwabaraka’alaik. Wajama’a bainakumafilkhoir
Maksudnya :
“Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kami dalam kebaikan.”

Doakan juga keluarga pengantin:
{transliterasi} Allahummabariklahum fimarozaktahum waghfirlahum warhamhum
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka, dan berkatilah mereka pada apa yang Engkau kurniakan kepada mereka.”
[HR Muslim]

Semoga Allah SWT memberkati kita dalam apa jua yang kita lakukan dengan rahmatnya...
Semoga perkongsian saya sampai maksudnya...
Semoga insan-insan yang bakal mengadakan walimah sentiasa beringat bahawa berkat da rahmat Allah SWT adalah segalanya yang kita ingin sebenarnya dalam hidup ini...
Kepada mereka yang bakal menghadiri majlis walimah, jangan lupa mendoakan mempelai dan keluarga mereka...

*penghargaan kepada Abang Mus’ab Umair yang berkongsi nasihat...

BERSYUKUR DAPAT KAWAN-KAWAN YANG BAIK...


Seorang adik keluar bersama abangnya ke bazaar Ramadhan. Sedang mereka berjalan-jalan mencari juadah untuk berbuka,
Abang             Adik, Abang dengar kawan-kawan Adik puji Adik... Diorang kata Adik baik... Betul ke?
Adik                Eh, mana ada... Adik biasa-biasa je la... Normal je, macam orang lain...
Abang             Kawan-kawan Adik kata, ada seorang kawan Adik tu, selalu usik Adik, sampai kawan-kawan Adik pun tak suka dia... Tapi, Adik tetap juga buat baik kat dia... Betul?
Adik                Laa... Biasa la tu... Adat hidup la usik-mengusik tu...
Abang             Tapi, dengar khabar dia selalu juga kutuk Adik, betul?
Adik                Erm... Entah...
Abang             Kenapa Adik tetap juga berbuat baik walaupun kawan adik tu selalu usik Adik, selalu kutuk Adik? Kenapa Adik tetap juga buat baik kat dia walaupun dia buat jahat kat Adik?
Adik                Eh, dia baik la… Bila adik buat baik kat dia, adik dapat pahala… Bila dia usik adik, kalau dia kutuk Adik pun, adik sabar… Adik dapat pahala jugak kan? Tengok, adik dapat pahala percuma sebab sabar… Baik kan kawan adik tu? Sebab dia, adik pahala percuma… Jangan risau la Abang... Adik okey je... Kawan-kawan Adik baik-baik semuanya... Adik bersyukur sangat-sangat dapat kawan-kawan yang baik...

KAN TIBA MASANYA…


“Awak, maafkan saya... Saya terpaksa ke Palestin hujung minggu ni... Saya dipanggil untuk mengikuti misi kemanusiaan di sana...”
“Maksudnya, kita terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan kita?”
“Ya, awak... Takpe la... Insya-Allah, bila saya balik nanti, kita teruskan majlis perkahwinan kita tu...”
“Tapi awak...”
“Takpe, sabar la... Kalau sudah rezeki kita bersama, Insya-Allah tak ke mana... Lagipun, dari awal saat saya memutuskan untuk menjadi seorang doktor, niat saya untuk membantu orang ramai... Di tengah perjuangan saya untuk menjadi seorang doktor, baru saya kenal awak dan kita memutuskan untuk hidup bersama sebagai suami isteri... Kini, saya sudah bergelar doktor... Mengapa harus saya lupakan niat asal saya? Awak, ingat janji Allah... Kalau sudah tertulis dalam Qada’ dan Qadar-Nya, pasti terlaksana... Insya-Allah, KAN TIBA MASANYA nanti...”

“Insya-Allah, kan tiba masanya nanti...”, Itu kata-kata seorang insan kepada insan yang disayanginya... Sanggup meninggalkan insan yang tersayang demi tujuan utama hidupnya... Sanggup menangguhkan majlis bahagianya, kerna redha dengan takdir Allah padanya... Bukan kerna dia berputus asa, namun kerna telah dia usahakan dan kini berbalik dia kepada apa yang lebih penting...

            Jika direnungkan pada diri kita, apakah kita akan berbuat yang sama jika diletakkan dalam situasi tersebut? Atau, adakah kita kan menyalahkan takdir dan insan lain atas apa yang berlaku? Mengapa? Adakah kita sudah lupa dengan motif asal kita? Insan tersebut masih ingat bahawa motif asal dia bercita-cita menjadi doktor kerana ingin membantu orang lain... Masih dia ingat harapan yang datang terlebih dahulu sebelum harapan yang membahagiakannya... Kini, harapan disingkap dan kepentingan menuntut hak... Rela dia tinggalkan kebahagiaannya demi kepentingan utamanya... Dia sedar, kepentingan dia bergelar teman hidup kepada seorang insan tidak sepenting kepentingan dia sebagai seorang doktor kepada insan-insan lain...

            Selain dari itu, tidakkah kita percaya akan takdir Allah SWT? Tidakkah kita percaya bahawa setiap kejadian itu punya masa yang terbaik untuknya? Izinkan saya berkongsi satu kisah sebagai satu analogi lain...

Seorang atlet berlatih saban hari, kerna mengimpikan sebuah kejayaan dan pencapaian terbaik dalam satu kejohanan yang pertama kali dia sertai.... Latihannya yang intensif seakan melayakkan dia untuk mencipta satu kejayaan dalam kejohanan yang bakal disertainya... Sehari sebelum kejohanan, dia kecelakaan... Kecederaannya menyebabkan dia tidak mampu untuk bersaing dalam kejohanan sukan tersebut...

Bayangkan perasaan atlet itu... Bayangkan juga reaksinya... Pastinya, ramai antara kita yang beranggapan bahawa atlet itu sangat kecewa dan kini berputus asa... Namun, apabila ditanya apa perasaanya setelah terlibat dalam kemalangan itu setelah dirinya dekat dengan untuk menjulang kejayaan, atlet itu menjawab, “Mungkin bukan masanya lagi... Insya-Allah, jika sudah rezeki saya, pastikan tiba masanya... Boleh jadi jika saya sertai kejohanan tu dan berjaya, saya akan menjadi tersangat sombong... Kini, saya punya lebih masa untuk refleksi diri...”. Masya-Allah, Maha Suci Allah SWT yang menerapkan rasa sedemikian ke dalam hati insan tersebut... Insan tersebut juga tidak berputus asa dalam kerjaya sukannya, hanya kerna satu malang menimpanya dahulu... Kini, dia terus aktif dalam sukan tersebut dan terus berusaha meskipun sakitnya masih ada... Dia terus berusaha walaupun rezekinya untuk menyertai kejohanan yang sama belum pasti... Katanya, “Sakit masih ada, namun passion tak ke mana...”.

            Pengajarannya, setiap yang berlaku pada kita dalah peluang kita untuk muhasabah diri... Kita hanya mampu merancang, Allah SWT penentu segalanya... Setiap yang ditakdirkan Allah SWT, punya masa tersendiri... Kita mungkin gagal hari ini, kerna Allah takdirkan kita untuk berjaya esok... Boleh jadi kegagalan kita adalah satu rezeki, supaya kita dapat belajar lebih lagi... Jika kita hidup miskin tahun ini, boleh jadi Allah SWT takdirkan kita hidup kaya tahun hadapan, kerna Allah ingin kita belajar berjimat dan tidak boros, supaya kita lebih faham nasib orang yang memerlukan dan kita lebih ringan tangan untuk membantu kelak... Oleh itu, jangan bersedih atau berputus asa hanya kerna apa yang kita impikan, apa yang kita doakan masih belum dimakbulkan Allah SWT... Boleh jadi, Allah SWT lebih tahu bahawa kita masih belum bersedia... Boleh jadi, Allah SWT masih mahukan kita bermuhasabah diri... Apa yang kita boleh lakukan, teruskan berusaha dan berdoa, seiring syariat yang ditetapkan pada kita...

USAH GUNDAH...
USAH RISAU...
USAH BERSEDIH...
KERNA,
KAN TIBA MASANYA...
INSYA-ALLAH...

NIKMAT ALLAH LUAS...


            Asma-Allah-Al-Husna dimulakan dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Membuktikan bahawa setiap insan perlu sedar bahawa sesungguhnya Allah SWT sayangkan semua manusia, tidak kira yang beriman padanya atau tidak, yang masih bernafas atau yang telah tamat riwayat...
            Ramai antara kita, pantang ditimpa kesusahan, asyik menyalahkan Allah SWT dan mempersoalkan kenapa Allah mengujinya? Tidakkah kita sedar bahawa kesusahan itu adalah ujian, suatu nikmat? Setiap kali ditimpakan ujian, hakikatnya supaya kita belajar... Semakin banyak ujian dikurniakan kepada kita, semakin banyak kita belajar... Jadi, mengapa bertanya, “Kenapa Allah SWT timpakan ujian ini kepada ku?”, sedangkan kita seharusnya berkata, “Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan suatu ilmu baru untuk ku belajar tentang hidup ini...”? Kita tak seharusnya mempersoalkan kenapa hanya kita yang ditimpa ujian, bukan orang lain, seharusnya kita bersyukur kerana hanya kita terpilih dalam kalangan manusia berjuta untuk menerima kurnia ujian dan ilmu tersebut... SETIAP UJIAN ITU NIKMAT
            Ramai juga antara kita yang mempersoalkan kenapa Allah SWT membiarkan dia dalam kancah kesalahan atau dosa... Persoalannya, salah siapa? Sudah banyak generasi sebelum kita, sudah berbilion orang sebelum kita, yang seharusnya kita ambil iktibar... Mana praktikalnya ‘yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan’ kalau kita hanya pintar dan petah berkata semata? Jika kita tidak pernah tahu, maknanya kita masih belum cukup berilmu... Salah Allah SWT juga kah jika kita yang malu untuk menuntut lebih ilmu tentang hidup ini? Selain itu, tidakkah kita sedar bahawa zaman kita yang bergelumang silap dan dosa itu sendiri suatu nikmat dari Allah? Sekurangnya, kita sedar bahawa kita tidak sempurna, setidaknya ada sebab untuk kita muhasabah hidup dan diri kita ini... Lebih dari itu, kita sedar bahawa apa yang kita pernah buat itu suatu yang salah dan suatu dosa, agar kita dapat jadikan panduan di masa hadapan, supaya kita ada sesuatu yang dapat dikongsikan dengan masyarakat, bahawa salah dan dosa itu bukanlah seindah yang dibayangkan... Sekalipun baru kini kita sedar akan indahnya ajaran Islam dan baru saat ini kita berkeputusan untuk mengamalkan ajaran Islam, bersyukurlah kerana kita telah dilebihkan nikmat oleh Allah kerana kita tahu lebih banyak sudut-sudut dosa, yang boleh kita kongsikan dengan manusia sejagat... SETIAP SILAP ITU NIKMAT
            Tidak kurang antara kita yang menyalahkan Allah kerana dipertemukan kawan atau teman yang salah... Kita meratap dan mempersoalkan kenapa hati kita perlu ditusuk dengan kehadiran insan yang salah tersebut? Persoalannya, Allah SWT kah yang salah jika kita tidak mampu menilai baik peribadi insan tersebut? Salah Allah SWT kah jika kita hanya melihat kekhilafan insan tersebut? Apakah masih kita menyalahkan Allah SWT jika terlalu mendambakan kesempurnaan sehingga kita tidak sanggup menerima sedikit lopang? Hakikatnya, tidakkah kita sedar bahawa pertemuan kita dengan insan tersebut sebenarnya mempersiapkan kita untuk bertemu orang yang lebih baik? Selain itu, kita seharusnya sedar bahawa kita punya tugas di dunia ini... Salah satu tugas kita, memperbetulkan silap mereka yang berada di sekeliling kita... Jika kita sempurna dan sentiasa inginkan kesempurnaan, mengapa tidak kita sendiri yang berkongsi kesempurnaan itu? Jika kita sedar bahawa kita tidak sempurna, tidak salah jika kita berubah bersama atau saling melengkapi dengan saling memperbetulkan kekhilafan satu sama lain... SETIAP INSAN YANG HADIR ITU NIKMAT...
            Jadi, masihkah kita ingin mengeluh dan mempersoalkan, “Kenapa Allah membebani aku?”, “Apakah Allah tidak sayangkan aku?” apa lagi berkata bahawa “Allah pilih kasih” atau apa jua yang menunjukkan kita sudah berputus asa dengan Allah? Cuba kita renungkan sekiranya Allah sudah berputus asa dengan kita, adakah kita masih kita kini? Adakah kita akan terus bernafas, kerna nafas itu sebenarnya nikmat Allah kepada kita? Adakah kita masih bertubuh badan, kerna tubuh badan itu sebenarnya nikmat Allah kepada kita? Sekiranya Allah SWT menamatkan riwayat kita sekalipun, itu masih suatu nikmat kerna mati kita masih bernisan dan roh kita itu hakikatnya nikmat Allah SWT... Jika difikirkan dan diamati, susuk mana pada kita yang bukan bukti nikmat Allah SWT kepada kita?
Ingatlah bahawa,
            INSAN YANG TERBAIK ITU BUKANLAH INSAN YANG TIDAK PERNAH BERBUAT KHILAF ATAU DOSA, TETAPI INSAN YANG TERBAIK ITU ADALAH INSAN YANG PERNAH BERBUAT SILAP DAN DOSA DAN DIA BERNEKAD UNTUK BERUBAH LALU DIA BERTAUBAT... DAN SEBAIK-BAIK TAUBAT ADALAH TAUBAT NASUHA, YAKNI TAUBAT UNTUK BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN TIDAK INGIN MENGULANGI KESILAPAN LALU)
            Begitu banyak yang kita sesali dan ratapi dalam hidup ini... Mengapa kita kurang bersyukur? Setidaknya, kini kita sedar bahawa kesilapan kita dulu adalah kesalahan, kini kita telah belajar sesuatu tentang hidup ini hasil dari ujian Allah kepada kita dulu, kini kita telah bahagia di samping teman yang baik dan memperbaikkan kita...

ALHAMDULILLAH YA ALLAH, KAU KURNIAKAN INSAN YANG SEKIAN BERTAPAK DALAM HIDUPKU, YANG KAU SULITKAN KAMI DAHULU, YANG KAU UJI KAMI DULU, KINI MAMPU MEMBUATKAN KU BERJANJI UNTUK MENJADI LEBIH BAIK... SEMOGA TIDAK KAU TARIK NIKMATMU INI HANYA KERNA DIRI INI KADANG TERLUPA... KAU PERBAIKILAH DIRIKU DAN TEMANKU DENGAN CARA MU, YANG MAHA BIJAKSANA...

(Semakin banyak kita belajar, semakin banyak silap kita... Bukan kerana kita berbuat silap setelah kita belajar, tetapi kerana kita sedar lebih banyak silap yang pernah kita lakukan di masa silam... Dan manusia yang rugi dan teruk itu adalah manusia yang diberikan ilmu kepadanya tapi dia tidak belajar dan menelitinya, malah terus berbuat silap...)

*tribute kepada Aisyah yang membuatkan diri ini berjanji sempena Ramadhan ini...

KRONOLOGI SI ANAK

Si anak kecil berlari masuk ke dalam kereta sebaik sahaja kereta ayah yang datang menjemputnya berhenti di luar pagar sekolah... Dengan penuh kegirangan si anak kecil berkata...
“Ayah, tadi ada seorang pelajar baru masuk kelas... Perempuan... Comel sangat...”

Si ayah menjawab...
“Anakku, dirimu ke sekolah untuk menuntut ilmu... Bukannya untuk sekadar melihat orang... Janganlah kamu menilai comelnya paras orang lain sehingga dirimu terpuja akan dia... Bimbang juga dirimu akan terlalu membandingkan paras orang sekelilingmu sehingga terkeji rupa mereka...”

Si anak kecil membesar remaja... Alhamdulillah, keputusan akademiknya cemerlang dan layaklah dia ke institusi pendidikan yang agak ternama... Suatu cuti semester, si anak pulang berjumpa ayahnya dan berkata...
“Ayah, rasanya sukakan seorang perempuan... Cantik orangnya, memikat diri ini untuk memilikinya...”

Si ayah menjawab...
“Anakku, belajarlah dulu buat masa sekarang... Insya-Allah, jika jodohmu dengan dia, tak ke mana... Jika jodohmu bukan dengannya, ada jodoh lain buatmu nanti... Insya-Allah...”

Si anak meningkat dewasa... Kini, dia pulang bertemu lagi dengan ayahnya dan berkata...
            “Ayah, rasanya diri ini sudah sedia untuk berkahwin... Jodohkanlah anakmu ini...”

Si ayah menjawab...
“Sabarlah anakku... Sesungguhnya dirimu belum bersedia... Binalah hidupmu... Dari segi zahir dan batin, mungkin dirimu telah bersedia... Namun, apakah telah seimbang segalanya?”

Persoalan oleh ayahnya itu tergantung dan membuatkan si anak terus berfikir... Sehingga suatu saat, ketika si anak pulang ke pangkuan keluarga, dirinya kini semakin matang berbanding sebelumnya... Ketika telah masuk waktu solat dan mereka sekeluarga bersiap untuk solat berjemaah, si anak berkata kepada ayahnya...
“Ayah, izinkan saya mengimami solat ini...”
“Silakan anakku...”

Setelah selesai solat berjemaah dan bersalaman, sambil tersenyum, si ayah berkata kepada si anak...
“Anakku, apakah dirimu telah punya calon untuk dijadikan pasangan hidup yakni sebagai isterimu?”

Si anak mengerutkan dahi seraya menjawab...
“Ada ayah... Tapi kenapa ayah bertanya demikian?”

Si ayah memandang tepat ke mata si anak dan bersuara...
“Anakku, Alhamdulillah kini telah tiba masa untukmu berumahtangga... Khabarkan kepada ayah siapa calon piihan hatimu agar ayah dan ibu dapat bertanyakan khabarnya apakah dia sudi...”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal