SUAMI BERIMAN PENJANA ISTERI SOLEHAH

Semua orang ingin tenang... Semua orang ingin bahagia... Oleh itu, sama-samalah kita cari ketenangan dan kebahagiaan yang diimpikan... Tapi, di mana? Soalan yang bagus...

Sumber ketenangan dan punca kebahagiaan yang terbaik dalam sesebuah keluarga itu berpunca dari wanita yang solehah. Wanita yang sentiasa patuh pada ajaran Islam dan sentiasa mentaati akan suaminya. ALHAMDULILLAH....

Sama-sama kita hayati satu cerita...

“Alhamdulillah…”. Itulah lafaz yang diungkapkan oleh tok kadi setelah selesai mengijab-kabulkan pasangan Ahmad dan Zulaikha.

Bermula dari saat ijab kabul mereka, hari-hari yang dilalui oleh Ahmad dan Zulaikha masih berjalan seperti kebiasaan. Sedikit kelainan yang berlaku mungkin pada rutin hidup Zulaikha . Setelah bergelar isteri, segala tugas dan urusan rumah terpaksa dilakukannya sendiri - Daripada menjaga keceriaan rumah sehinggalah kepada menguruskan suami tercinta. Walaupun bergelar seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, Zulaikha bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Tidak pernah sekalipun terdengar di telinga Ahmad tentang keluhan Zulaikha. Yang terzahir padanya hanyalah senyuman yang benar-benar ikhlas dari seorang isteri kepada suami.

“Sayang , Abang kasihan melihat Sayang... Balik sahaja dari mengajar, Sayang terpaksa menguruskan rumah, masak untuk Abang, cuci pakaian Abang dan macam-macam lagi. Jika sayang mahu, Abang boleh carikan seorang pembantu rumah untuk membantu Sayang menguruskan rumah kita”, tanya Ahmad pada Zulaikha pada suatu malam. Dengan tersenyum Zulaikha menjawab,
“Tak perlulah semua tu, Abang. Zulaikha masih kuat lagi. Zulaikha masih boleh uruskan semuanya sendirian. Lagipun itukan tanggungjawab seorang isteri . Zulaikha lebih suka Abang makan makanan yang dimasak oleh Zulaikha sendiri. Zulaikha suka beri suami Zulaikha makan makanan dari air tangan Zulaikha sendiri, kerana di situlah akan tercetusnya kasih sayang antara suami isteri. Zulaikha tak pernah menyesal menjadi isteri Abang, malah Zulaikha berbangga kerana mempunyai seorang suami yang penyayang, prihatin dan beriman macam Abang. Cuma satu yang Zulaikha minta dari Abang , kasih dan sayangilah Zulaikha sebagaimana Rasulullah S.A.W. mengasihi dan menyayangi isteri baginda Siti Khadijah”.

Ahmad lantas mencium dahi Zulaikha dan memeluknya. “Abang berjanji, Sayang , Abang tidak akan mensia-siakan Sayang. Abang rasa bertuah sangat kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah tinggi budi pekertinya. Terima kasih Sayang kerana sudi menerima Abang sebagai teman hidup”. “Sama-sama...”, jawab Zulaikha.

“Abang, bangun Bang... Dah dekat pukul 5.15 pagi ini... Cepatlah bangun, kita berjemaah Subuh bersama.” Zulaikha mengejutkan suaminya. Sementara menunggu suaminya membersihkan diri, Zulaikha membentangkan sejadah untuk suaminya. Dia lantas mencapai Al-Quran dan membaca kalimah-kalimah suci Allah. Sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Itulah salah satu sebabnya mengapa Ahmad terlalu menyayangi Zulaikha. Dia bukan sahaja lincah di dapur, malah sangat gigih mengerjakan ajaran Islam. “Alhamdulillah...” ucap Ahmad di dalam hati setiap kali mendengar isterinya melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Setelah selasai berjemaah, Zulaikha mencium tangan suaminya memohon kemaafan lantas Ahmad mencium dahi Zulaikha. Suatu amalan yang sudah menjadi kebiasaan pasangan ini setiap kali selesai solat bersama.

Apabila selesai menanggalkan telekungnya, Zulaikha ingin segera ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Tiba-tiba, dia rasa pening dan tekaknya terasa mual. Dia berlari ke tandas sebelum dia menghamburkan segala apa yang dimakannya semalam. Ahmad yang menyedari hal itu bergegas ke tandas dan mengurut-urut leher Zulaikha dengan niat untuk meredakan mual isterinya itu. ‘Kenapa ini, Sayang? Sayang tak sihat ke? Kenapa tak cakap kat Abang yang Sayang tak sihat kalau tak…..”. Belum pun sempat Ahmad selesai berkata-kata, Zulaikha jatuh pengsan dalam pelukannya. . Ahmad terkejut lantas dia merangkul Zulaikha yang tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam kereta. ‘Ya Allah Ya Tuhanku , walau apa pun terjadi Kau selamatkanlah isteriku ini, Amin...”, doa Ahmad. Dengan segala kekuatan yang ada, Ahmad beristighfar dan memecut keretanya. Tujuannya hanya satu ,dia ingin cepat sampai ke hospital . Semuanya kerana isteri yang amat dicintainya.

Setelah setengah jam menunggu di luar, doktor yang merawat Zulaikha keluar. Ahmad bergegas mendapatkan doktor untuk mengetahui keadaan isterinya. “Tahniah Encik Ahmad... Anda bakal bergelar seorang bapa”, ulas doktor itu sambil tersenyum. Ahmad lantas menadah tangan kepada Ilahi mengucap kesyukuran.

Kini sudah 9 bulan Zulaikha mengandungkan benih Ahmad. Setiap malam Ahmad akan mendendangkan ayat – ayat suci Al-Quran kepada anak yang bakal lahir nanti.”Insyaallah anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh, patuh pada ajaran Islam , taat pada Ummi dan Abbinya kelak.”, kata Ahmad setelah dia selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada suatu malam. Zulaikha hanya tersenyum apabila Ahmad mencium perutnya.

“Abang, jika apa-apa terjadi pada Zulaikha semasa Zulaikha hendak melahirkan anak kita nanti, Abang jagalah anak kita dengan baik . Satu lagi jika abang nak mencari pengganti Zulaikha, Zulaikha izinkan”, bicara Zulaikha apabila mereka sedang beristirehat di halaman rumah mereka. Ahmad lantas meletakkan jarinya di bibir Zulaikha. “Kenapa Sayang cakap macam ni? Sayang tak kasihankan Abang ke? Abang tak nak kehilangan Sayang . Abang terlalu sayangkan Sayang... Dan satu lagi,
Insya-Allah, isteri Abang hanya satu dan tidak ada penggantinya. Isteri Abang hanya Zulaikha Marshida binti Zulkifli”, jawab Ahmad tegas. Ahmad lantas memeluk isterinya dan tanpa segan silu dia menangis di bahu isterinya.

“Abang, kenapa ni? Zulaikha cuma mengingatkan sahaja... Walau apa pun terjadi, Abang kena redha... Itu ketentuan Ilahi... Kita manusia hanya mampu merancang , Tuhanlah yang akan menentukan segalanya”. balas Zulaikha.

Tiba-tiba sahaja Zulaikha rasa perutnya memulas.Semakin ditahan, semakin sakit jadinya. Zulaikha mengerang kesakitan. Ahmad terkejut. “Kenapa sayang?”

“Tak tahulah abang. Mungkin dah tiba masanya..”, balas Zulaikha tersekat-sekat menahan kesakitan . Ahmad merangkul isterinya ke dalam kereta dan bergegas ke hospital.Setibanya di hospital, Zulaikha terus dibawa masuk ke Bilik Bedah. Ahmad sentiasa berada di sisi Zulaikha untuk memberi semangat kepada isterinya. Ahmad membaca surah Maryam di telinga Zulaikha untuk memudahkan kelahiran. Ahmad tak mampu menahan sebak di hati melihat kepayahan Zulaikha melahirkan zuriatnya. Berkali-kali Ahmad mencium pipi dan dahi isterinya. Jika boleh bertukar tempat di kala itu, mahu sahaja Ahmad menggantikan tempat isterinya. Patutlah kata orang, sakit semasa melahirkan ibarat sebelah kaki di dalam kubur.”Ya Allah Ya Tuhanku, kau selamatkanlah isteri dan anakku ini, Amin...”, doa Ahmad di dalam hati.

Setengah jam berlalu. Terdengar tangisan bayi. “Alhamdulillah”, ucap Ahmad. Kata doktor, anak yang lahir adalah kembar. Selang lima minit antara keduanya, seorang putera dan seorang puteri mereka menjengah dunia. Zulaikha juga selamat. ALHAMDULILLAH...

Setelah siap anak-anak dibersihkan, Ahmad mengiqamahkan anak-anaknya. Anak yang sulung diberi nama Iman Muhammad Firdaus bin Ahmad Kamal dan anak yang kedua diberi nama Iman Ainul Raudhah binti Ahmad Kamal. Ahmad memberi Firdaus kepada Zulaikha untuk disusukan sementara Ainul Raudhah diribaannya. Ainul Raudhah seperti memahami yang gilirannya untuk disusukan akan tiba selepas abangnya. Dia sedikitpun tidak merengek. Dalam masa yang sama Ahmad memanjatkan kesyukuran kerana dalam masa yang sama dia telah dikurniakan dua orang anak sekaligus. ALHAMDULILLAH... “Terima kasih Sayang... Kerana bersusah payah untuk melahirkan zuriat kita...” ucap Ahmad lantas mencium dahi isterinya dan memeluknya erat.

Sumber : ukhuwah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal