Mati itu pasti... Lambat cepat, mati akan tiba... Perhatikan
di sekeliling kita... Berapa ramai kenalan-kenalan kita telah pergi??? Berapa
ramai insan-insan yang tinggal berdekatan kita telah meninggal??? Yang
pergi, tetap pergi, tak kembali... Tinggallah kita yang hidup lagi, untuk
mengambil pengajaran...
Hakikat kematian, berhikmah... Setiap kali ada kematian, ada pengajaran yang
ingin Allah SWT tunjukkan kepada kita, yang masih hidup, untuk kita mengambil
pengajaran... Persoalannya, adakah kita mengambil pengajaran? Adakah kita
benar-benar mengambil pengajaran? Jika kita benar-benar mengambil
pengajaran, sedarkah kita bahawa pengajaran sesuatu kematian itu ada dua – pengajaran
pada si mati, dan pengajaran pada yang hidup??? Bunyi macam pelik kan? Ayuh
kita singkap maksudnya...
‘Pengajaran pada si mati’, tidak pelik dan tidak begitu
sukar untuk difahami... Bagi yang berpeluang terlibat dengan pengurusan
jenazah, atau berpeluang menyaksikan jenazah diuruskan, mungkin berpeluang
menyaksikan fenomena-fenomena pelik yang berlaku sepanjang proses itu, jika
diizinkan Allah SWT...
Jenazah bertukar menjadi hitam, atau jelek, walaupun saat
hidupnya insan itu cantik dan mulus... Ada juga jenazah yang bertukar menjadi
cerah dan berseri, walaupun saat hidupnya dia adalah insan yang berkulit
gelap... Liang kubur menjadi sempit, seakan tidak menerima jenazah yang bakal
dikebumikan... Ada juga jenazah yang segala proses pengurusannya begitu senang,
seakan dipermudahkan... Ini semua adalah pengajaran pada si mati... Maksud
saya, pengajaran yang dijelmakan pada si mati...
Pengajaran-pengajaran itu adalah sebagai iktibar kepada
kita yang masih hidup... Bukan untuk kita mengungkit kesalahan-kesalahan si
mati saat hidupnya... Tapi, untuk kita renungkan sebagai iktibar agar kita
tak melakukan kesalahan yang sama... Begitu juga iktibar daripada jenazah
yang baik parasnya dan pengurusan setelah mati... Agar kita berusaha beramal
seumpama arwah saat hidupnya...
‘Pengajaran pada yang hidup’... Bunyi pelik, dan agak
sukar untuk ditafsir... Jangan risau, kerna saya akan cuba menjelaskan maksud
saya... Sebenarnya, maksud ‘pengajaran pada yang hidup’ itu tidaklah sesukar sebutannya...
Elok saya gunakan contoh sebagai cara menjelaskannya...
Contohnya, seorang insan bernama Pak Mat meninggal bulan
lepas... Selepas sebulan Pak Mat meninggal, kita berjalan melalui satu
lorong... Sepanjang perjalanan itu, kita dapati lorong itu dipenuhi
semak-samun, menyebabkan lorong itu agak sukar dilalui... Maka, terlintas di
hati kita, “Dulu, masa Pak Mat masih hidup, Pak Mat la yang selalu tebas
semak samun ni... Sekarang, bila Pak Mat dah takde, lorong ni dah penuh dengan
semak-samun... Sampaikan susah nak lalu...”.
Inilah yang saya maksudkan sebagai ‘pengajaran pada yang
hidup’... Pengajarannya, kita sedar bahawa sebelum ni hanya Pak Mat yang
ringan tulang menebas semak-samun di lorong tu... Manakala bagi penduduk
lain, termasuk kita sendiri, agak keberatan tulang untuk menebas semak-samun di
lorong tu... Maka sedarlah kita bahawa selama ini kita hanya mengambil
kesempatan atas kerajinan Pak Mat... Kita hanya pandai melalui lorong itu
tanpa mengambil sedikit inisiatif menebas semak-samun yang tumbuh...
Pengalaman-pengalaman yang kita lalui setelah kematian
seseorang ahli kawasan kita, mampu mengajar kita sesuatu... Cuma, tinggal
kita samada untuk melaluinya seumpama hembusan angin, atau untuk kita renungkan
dan ambil pengajaran...
Alhamdulillah, ramai yang mengambil iktibar ‘pengajaran
pada si mati’... Namun, terkadang kita terlupa untuk mengambil iktibar
‘pengajaran pada yang hidup’... Bukan kita tak sedar... Boleh jadi, kesedaran
kita itu hanya di mulut, atau hanya di hati secara permukaan semata... Kita
terlintas, “Dulu, masa si fulan tu masih hidup, dia la yang selalu buat itu
dan ini...”, namun terhenti di situ , tanpa kita berusaha berbuat jasa yang
sama...
Itulah serba sedikit warkah yang ingin saya kongsikan
kali ini... Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran... Ingatlah, tiada
satu perkara yang Allah jadikan atau hadirkan dalam hidup kita selain bersebab
dan untuk memberi iktibar kepada kita... Sekalipun kematian yang berlaku
dalam pengetahuan kita, itu turut bertujuan mengajar kita sesuatu... Bersyukurlah
kerana Allah letakkan kita di situ saat insan tersebut meninggal dunia, kerna
kita mampu ambil iktibar...
AL-FATIHAH BUAT INSAN-INSAN YANG TELAH MENINGGAL, SAMADA YANG KITA KENAL,
MAHUPUN YANG TIDAK KITA KENAL... SEMOGA ROH MEREKA SEMUA DIREDHAI ALLAH
SWT DAN DICUCURI RAHMAT...