Sebuah kisah yang ingin dikongsikan dengan awak dan bersamalah kita fikir-fikirkan...
Ini perbualan antara satu insan yang ditangkap khalwat dengan seorang ustaz Jabatan Agama. Insan ini ditangkap khalwat bersama tunangnya...
Ustaz : Kenapa kamu buat semua ni? Tak rasa bersalah ke?
B : Apa yang salahnya, kami dah bertunang dan akan berkahwin hujung tahun ni...
Ustaz : Haa... Kan kamu akan kahwin juga hujung tahun ni... Jadi, kenapa kamu tak sanggup tunggu? Insya-Allah, kalau dah jodoh, tak ke mana...
B : Itulah yang mak saya dan mak dia kata, “Insya-Allah, kami akan berkahwin hujung tahun ni... Tapi ustaz, apa yang ada pada Insya-Allah? Sebelum ni pun, betapa ramai kawan-kawan saya yang berjanji dengan mengatakan Insya-Allah. Tapi, betapa ramai yang tak penuhi janji mereka... Ada juga yang kata “Insya-Allah, tapi tak janji...”. Jadi macam mana tu Ustaz? Apa yang ada pada Insya-Allah? Zaman sekarang ni, Insya-Allah dah tak menjamin apa-apa...” Apa yang kami buat ni, lebih menjamin hubungan kami. Selepas ni, dah terjamin kami akan jadi suami isteri.
Awak, dari satu aspek, dapat kita ketahui betapa rosaknya akhlak insan ni. Sehinggakan dia hilang kepercayaan terhadap ‘Insya-Allah’.
Namun, dari satu aspek yang lain, cuba kita periksa balik... Apakah sebab sebenar insan ini hilang keyakinannya terhadap ‘Insya-Allah’? Ya, ini kerana dia telah banyak kali dipermainkan kawan-kawannya yang suka menyalahgunakan ‘Insya-Allah’. Memang tak salah menggunakan Insya-Allah. Tapi, ketahuilah akan kita bahawa ‘Insya-Allah’ tu lebih dari satu janji. Dengan menggunakan ‘Insya-Allah’, kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Seperti konsep tawakal, kita wajib berusaha sepenuhnya sebelum berserah... Jangan kita dengan sewenang-wenangnya, menggunakan ‘Insya-Allah’ sesuka hati kita. Jangan kita mengatakan ‘Insya-Allah’ jika kita yakin kita tidak akan mampu memenuhi janji kita.
Jadi, perbetulkan balik penggunaan ‘Insya-Allah’ kita... Biarlah tepat pada tempatnya... Janganlah ada antara kawan kita yang hilang keyakinan terhadap ‘Insya-Allah’ seperti insan di atas, kerana kita...