G
Assalamualaikum saudara H...
H
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Ya, ada apa-apa yang boleh
saya bantu?
G
Ada suatu keresahan dalam hati saya ni... Boleh saya kongsikan dengan
saudara?
H
Insya-Allah... Silakan...
G
Saya terfikir, kenapa kita hidup di zaman ini... Kenapa mesti kita hidup di
saat Islam susah untuk bangkit? Kenapa mesti kita hidup di zaman yang begitu
banyak fitnah bagi Islam? Untunglah mereka yang hidup di zaman kegemilangan
Islam dulu... Mereka hanya perlu mempertahankan kedaulatan Islam... Zaman
sekarang ni, tak ubah seperti zaman Jahiliyah dulu...
H
Tapi, Rasulullah juga dilahirkan di zaman Jahiliyah... Rasulullah membesar
di zaman manusia jauh dari syariat Islam... Begitu juga umat manusia yang bersama
Rasulullah dalam menyebarkan syariat Islam... Begitu banyak penderitaan
mereka... Tapi, mereka tetap tabah... Mereka tak pernah mengeluh... Mengapa
mesti kita?
G
Tapi, saudara... Mereka yang hidup bersama Rasulullah SAW, beruntung kerana
punya Rasulullah SAW... Mereka punya sumber rujukan terus... Apa yang mereka
dengar daripada Rasulullah SAW, adalah satu keyakinan... Apa jua yang
diusahakan mereka, dijamin oleh Rasulullah SAW... Insya-Allah, ke syurga
pengakhirannya...
Mereka yang hidup pada zaman itu, ada Rasulullah SAW sebagai teladan...
Walaupun setelah Rasulullah SAW telah wafat, mereka masih ada sahabat-sahabat
baginda sebagai panduan yang mampu mereka yakini... Memang betul, Rasulullah
SAW meninggalkan al-Quran dan hadis sebagai panduan untuk kita... Tapi, susah
untuk kita di masa kini untuk meyakinkan masyarakat tentang syiar Islam... Ini
kerana imej Islam telah banyak tercemar... Salah satu buktinya, Baitul Muqaddis
telah kembali ditawan oleh musuh Islam... Bukan saya tak yakin dengan janji
Allah, bahawa Islam akan bangkit jua akhirnya... Tapi, saya rasakan saat itu
bukanlah dalam masa terdekat... Seakan kebangkitan Islam itu masih lama dari
sekarang... Mengambil masa lama untuk menyedarkan manusia yang ada sekarang...
H
Saya kagum dengan pemikiran itu... Setidaknya, ada insan yang sanggup
memikirkan tentang nasib Islam dan masa depan agama suci ini... Tapi, bunyinya
seakan berputus asa... Tidak molek begitu...
Bagi saya, kita lah golongan yang paling bertuah... Kita, umat Islam yang
ada di zaman ini... Allah SWT
anugerahkan kita kelompok masyarakat yang ada sekarang, sebagai lapangan untuk
kita berbakti buat agama kita, Islam...
Pada permulaan Islam di zaman Rasulullah SAW, terlahirnya beberapa insan
yang bukan sekadar nama besar dalam Islam, bahkan dijanjikan syurga oleh Allah
SWT... Mereka dikenang sehingga kini... Mereka mendapat semangat terus daripada
Rasulullah SAW...
Pada zaman perkembangan dan peningkatan Islam, terlahir lagi beberapa nama
yang berjuang menyebarkan Islam ke seluruh dunia... Sungguhpun, Rasulullah SAW
telah wafat, mereka mendapat semangat daripada sahabat-sahabat baginda SAW...
Pada kemuncak Islam, masih ada beberapa nama yang mempertahankan kedaulatan
Islam... Tapi, ada beberapa insan yang tergelincir... Sehingga menyebabkan Islam
jatuh... Tapi, itu tak lama... Masih ada beberapa umat Islam yang masih
bersemangat, berjuang sehingga Islam kembali berdaulat... Mereka menyebabkan
Islam bangkit kembali...
Namun, akibat musuh dalam selimut dan desakan dalam hati segolongan umat
Islam, Islam merudum... Akibat cintakan dunia, Islam terus merudum dan terus
menjunam sehingga hari ini...
Ya, betul... Zaman ini, tak ubah seperti zaman Jahiliyah... Tapi, sejarah
mampu berulang... Mengapa tidak KITA
melambungkan kembali Islam agar Islam bangkit semula? Mengapa tidak kita,
di zaman ini? Mengapa pula kita harus berputus asa seolah tiada lagi harapan
bagi kita? Kenapa kita nak lepas tangan macam tu je, dan menyerahkan
tanggungjawab ini kepada generasi masa depan? Apa kata, kita mulakan sekarang?
Setidaknya, jika Islam tak mampu kembali ke puncak dalam hayat kita ni, usaha
kita mampu diteruskan oleh generasi masa depan...
Ingat, kejatuhan Islam dulu adalah kerana strategi musuh Islam yang
mewujudkan sumber kejatuhan itu dalam komuniti Islam... Kenapa kita tak gunakan
cara yang sama? Serapkan umat Islam ke
dalam komuniti bukan Islam, dan mulakan penyebaran Islam dari dalam komuniti
mereka... Kalau mereka takut, dan menghalang umat Islam diserap ke dalam
komuniti mereka, kita masih tidak boleh berputus asa...
Kita masih mampu menubuhkan organisasi Islam dan gemilangkan diri kita...
Dengan kita, mereka akan sedar akan kepentingan kita... Akhirnya, mereka
sendiri akan datang kepada kita meminta rujukan dan nasihat... Di situlah kita mulakan peranan kita dalam
merangsang kembali kepentingan Islam bagi dunia...
Kebangkitan kita, umat Islam, dari dalam itu bukanlah sesukar yang kita khuatirkan...
Kita tak perlu mengadaptasi kehidupan bukan Islam, agar kita dapat dianggap
sebahagian daripada mereka, dengan niat mempengaruhi mereka dengan syiar
sebenar Islam di kemudian hari... Tak perlu sedemikian... Bimbang juga...
Kut-kut kita yangdipengaruhi oleh mereka, sedangkan niat asal kita untuk
mempengaruhi mereka...
Apa yang boleh kita lakukan, hanyalah yakinkan
mereka bahawa kita tidak ingin bermusuhan dengan mereka... Kita, umat
Islam, dapat bergaul dengan semua golongan, selagi mana kita tidak saling jatuh
menjatuhkan... Umat Islam mampu berkawan dengan sesiapa sahaja, tak kira
Kristian, Buddha, atau Hindu... Itu keyakinan yang dapat kita terapkan kepada
mereka di sekeliling kita... Kita harus ingat, fahaman agama adalah unsur
terpenting bagi setiap penganut... Penganut Kristian percaya agama Kristian
adalah yang terbaik... Penganut Hindu dan Buddha percaya agama mereka adalah
yang paling mulia... Kita, umat Islam, punya keyakinan dan kepercayaan sepenuh
hati pada agama kita... Kita perlu tahu bahawa itu adalah hakikatnya bagi
penganut setiap agama di dunia ini... Jadi, semestinya kita tak akan mengajak
insan yang baru kita kenal supaya memeluk Islam, kan?
Nak berdakwah pun, agak-agak la... Jangan drastik sangat... Bukan apa,
takut kita menyebabkan fitnah terhadap Islam... Niat kita baik, tapi cara kita
menonjolkan sebaliknya... Itulah yang berlaku pada Islam hari ini... Ramai yang
punya keyakinan tinggi pada Islam dan ingin menonjolkan kekuatan Islam... Tapi,
mereka mengambil pendekatan seakan memberontak... Ada yang bom diri sendiri,
isytihar perang, tak kurang yang mewujudkan sentimen memberontak... Bagi saya,
imej Islam sebagai pengganas disebabkan oleh umat Islam sendiri... Musuh Islam
hanya mengambil kesempatan atas peluang yang ada...
Allah itu lemah-lembut dan sesungguhnya sangat senang berurusan dengan
Allah SWT... Buktinya, Allah SWT sudi memaafkan dan menerima taubat kelompok
manusia yang bergelumang dosa seumur hidup mereka, walaupun mereka bertaubat
saat menghampiri mati... Buktinya lagi, Allah sudi memperkenankan permintaan
syaitan yang ingin hidup sehingga hari kiamat... Tapi, ada antara kita yang
sanggup menghina manusia lain, hanya kerana manusia itu tersilap langkah dalam
tindakannya... Kita rasa kita menegakkan Islam, tapi kita mengambil tindakan
yang salah sebenarnya... Bagi saya, lebih
baik kita mulakan dengan langkah lemah-lembut dan tampil sebagai golongan yang
senang berurusan... Insya-Allah, itu mampu menambat hati-hati mereka kepada
Islam...
G
Maksudnya, tampilkan diri sebagai umat Islam yang lemah-lembut dan senang
berurusan dengan masyarakat?
H
Ya, tepat sekali... Insya-Allah, kita mampu... Cuma, beringat dalam bab
batasan pergaulan...
G
Itu sahaja?
H
Ada seperkara lagi... Kebanyakan
umat Islam membazirkan masa meratapi kejatuhan Islam sekarang... Mereka
lupa bahawa musuh Islam pernah mengambil kesempatan atas saat-saat kejatuhan
Islam dulu... Saat-saat awal kejatuhan Islam dipergunakan oleh musuh Islam
untuk menyebarkan ideologi mereka sehingga mencetuskan keagungan mereka...
Padahal, apa yang dibawa oleh mereka dahulu, adalah satu logik yang baru, sukar
untuk diterima akal... Tapi, mereka bijak menampilkan ideologi mereka seakan
adaptasi pada kehidupan...
Jadi, kenapa kita tak gunakan pendekatan yang sama terhadap mereka?
Contohnya, saat kemerosotan ekonomi global... Berapa ramai ahli dan pakar
ekonomi Islam berani tampil mengutarakan solusi? Akhirnya, kita bergantung
kepada solusi golongan yang kebanyakannya menolak Islam... Pada pendapat saya,
fenomena itu berlaku bukan kerana kita tiada pengetahuan, tapi kerana kita
tiada keberanian... Paling tidak, kita mampu mencadangkan kepada sesama umat
Islam, kerna kita berkongsi kepercayaan... Itu sudah mampu mengubah pandangan
kita bahawa kita juga berpengetahuan dalam bidang itu, bukan hanya perlu
mengikut telunjuk golongan bukan Islam yang sebenarnya menolak Islam...
Hakikatnya, ilmu yang mereka ada kini tu berasal daripada ilmuan Islam...
Rujukan ilmu mereka itu sebenarnya rujukan Islam, ada yang diadaptasikan
daripada al-Quran...
Kita terlalu meratapi kejatuhan Islam pada hari ini... Sehingga kita
bersikap lembik dan terlalu bergantung pada golongan yang menolak Islam... Ada
antara kita yang terlalu obses dengan golongan itu, sehingga akhirnya menolak
Islam bulat-bulat... Jika kita fikirkan kebangkitan terus kita di mata dunia
hari ini adalah terlalu drastik, mulakan dengan kebangkitan kita di kalangan
golongan kita sendiri... Sehingga akhirnya, kita mampu bangkit sebagai satu
organisasi... Insya-Allah itu lebih kuat dan lebih lantang suaranya... Apa-apa
pun, itu harus bermula sekarang... Kerna boleh jadi strategi itu mengambil masa
yang panjang...
Walaupun apa yang kita usahakan hari ini, tak sempat kita lihat dan nikmati
hasilnya nanti, setidaknya kita ada syer dalam perjuangannya... Rasulullah SAW
sendiri, wafat sebelum kegemilangan Islam... Bukan setahun dua jarak kewafatan
Rasulullah SAW sebelum Islam berdaulat di dunia... Tapi, syer Rasulullah SAW
dalam kegemilangan Islam itu, tak terkira dan tak ternilai...
Bukan kita mengimpikan nama kita terukir sebagai golongan yang terlibat
dalam perjuangan ini... Tapi, setidaknya
kita bangga untuk mati sebagai pejuang, sungguhpun jenazah kita hanya
disolatkan beberapa kenalan...
G
Insya-Allah, saudara... Islam akan kembali berdaulat...
H
Insya-Allah... Kerna sejarah itu pernah terukir suatu ketika dahulu... Dan
sejarah itu akan berulang... Islam akan kembali berdaulat... Detiknya, bermula
saat ini... Umat Islam perlu bangkit dari ratapan yang sudah sekian lama...
Jadikan kejatuhan itu sebagai sebab untuk kita bangkit, dengan apa cara
sekalipun... Lantunkan kembali kedaulatan Islam, kerna kitalah penggerak
momentumnya... Lebih bagus bergerak secara kumpulan, daripada keseorangan...
Agar ada yang mengangkat saat kita ingin rebah... Agar berdirinya kita
diteguhkan dengan sokongan sahabat-sahabat kita... Insya-Allah, bersama kita
mencetuskan kebangkitan Islam agar Islam kembali berdaulat dia dunia... Di hari itu, kita mampu lega sekalipun bumi
akan hancur keesokan harinya...
JANGAN
DITANYA APA YANG TELAH KAMU PERBUATKAN PADA DIRIMU...
TAPI,
TANYAKAN
APA YANG TELAH KAMU PERBUATKAN PADA SAHABAT-SAHABATMU...
TANYAKAN
APA YANG TELAH KAMU PERBUATKAN PADA UMAT DI ZAMANMU...
TANYAKAN
APA YANG TELAH KAMU PERBUATKAN PADA AGAMAMU...
Kita
disebut sebagai umat Muhammad SAW... Beerti kita juga mampu berjuang seperti
baginda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan