MASA LALU...

“Seandainya bisa ku undurkan masa, pasti ku kembali ke masa-masa silam di mana aku banyak melakukan kesalahan untuk membetulkan kesilapanku itu”

Ayat yang seumpama ini kerap diungkap oleh kebanyakan insan. Barangkali insan-insan ini sangat menyesali kesilapan yang mereka perlakukan di masa silam mereka. Boleh jadi juga insan-insan ini terpengaruh dengan cerita dan drama TV yang banyak unsur-unsur pengembaraan masa.

Namun, pernahkah kita fikirkan, apa yang mungkin terjadi seandainya masa bisa diundur? Seandainya manusia bisa kembali ke masa silam untuk membetulkan kesilapan mereka, mereka akan tampil sempurna kerana tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Manusia tidak akan pernah belajar dari kesilapan lalu mereka. Tiada lagi makna taubat dalam hidup manusia. Jika kita bisa mengundurkan masa, kita mungkin tidak akan pernah bertaubat. Manusia juga mungkin tampil angkuh di depan Tuhan mereka kerana mereka tidak pernah melakukan dosa.

Tidak berupaya mengundurkan masa hakikatnya menjadikan manusia berusaha untuk menjadi insan terbaik. Tahu bahawa mereka tidak mampu mengundurkan masa, manusia menjadi sering beringat untuk tidak melakukan kesilapan mahupun dosa. Tidak mampu mengundurkan masa, mengingatkan manusia untuk mengenang kenangan lalu samada yang indah mahupun yang tidak berapa indah. Manusia juga sering menghargai anugerah yang diberikan kepada mereka tidak kira berupa apa pun – insan-insan di sekeliling, harta, atau apa saja anugerah, kerana mereka tahu bahawa mereka mungkin kehilangan anugerah-anugerah tersebut.

Hakikat aturan hidup ini, Tuhan itu Maha Penyayang terhadap manusia. Maha Mengetahuinya Tuhan akan manusia, mengelakkan manusia melakukan lebih banyak kesilapan dan dosa. Seandainya manusia bisa mengundurkan masa, boleh jadi manusia akan melakukan lebih banyak kesilapan berbanding cuba membetulkan kesilapan lalu dan melakukan kebaikan di masa silam mereka.

Oleh itu, ayuh bertanya pada diri kita,

Cukup kuatkah kita seandainya masa bisa diundur?

Mungkinkah kita menjadi sebaik kita kini seandainya masa bisa diundurkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal