ALLAH MAHA PENGAMPUN...

Seorang lelaki (S) keluar bersama kawannya, H, berjalan di tepi laut. Sambil berjalan-jalan mengambil angin, S menceritakan dan banyak mengeluh tentang dosa-dosanya di masa lampau... “H, dosa saya terlalu banyak... Saya berdosa dari hujung rambut hingga hujung kaki... Mesti Allah tak terima taubat saya...”.

Selesai S menceritakan dosa-dosanya, H berkata, “S, kalau saya minta awak buat beberapa perkara, awak sanggup?”. “Semestinya, saya percaya awak tak akan menyuruh saya berbuat sesuatu yang menganiaya saya...”. “Baiklah S... Awak nampak lopak air berlumpur tu?”. “Nampak...”. “Kalau saya minta awak berguling dalam lumpur tu sehingga kotor seluruh badan awak, awak sanggup?”. “Tapi, kenapa?” S bertanya penuh kehairanan. H menjawab, “Insya-Allah, nanti saya terangkan...”. Penuh keyakinan S berkata, “Kalau begitu, saya sanggup...”. Lalu S berjalan ke arah lumpur tersebut dan berguling sehingga kotor seluruh badannya termasuk juga rambutnya.

“Sekarang, saya minta awak terjun ke dalam laut tu dan cuci seluruh badan awak...” H menyambung setelah S selesai berguling dalam lumpur. S menurut. Setelah S selesai mencuci badannya dalam laut, H bertanya, “Bagus S... Terima kasih sebab sanggup buat apa yang saya minta... Awak rasa, laut ni akan tercemar tak dengan semua lumpur yang lekat kat badan awak tadi?”. S menjawab, “Semestinya tak... Luas kut laut ni... Takkanlah boleh kotor sebab lumpur tadi...”. H terus bertanya, “Awak rasa, banyak mana terkurang air laut ni setelah awak mandi? Cuba tengok awak, basah kuyup... Boleh tahan banyak air yang ada kat badan awak ni...”. S menjawab, “Alaa... Banyak mana sangat la air yang ada kat badan saya ni berbanding air yang kat laut tu... Tak luak pun air laut tu hanya sebab saya mandi...”. H tersenyum, “Saya yakin, walau beratus mahupun beribu orang yang buat macam apa yang awak buat tadi, Insya-Allah, laut ni kekal sama...” S mengangguk.

Penuh tenang, H menerangkan, “Jadi S, macam perumpamaan Maha Pengampunnya Allah SWT... Takkan tercuit sikit pun Maha Pengampun Allah, tak kira betapa kotor dan berdosanya hamba-hambanya... Takkan tergugat sikit pun... Bahkan takkan terkurang sikit pun... Maha Pengampun Allah itu, bahkan lebih lagi berbanding luasnya laut ni... Selagi mana hamba-hambanya sanggup memohon keampunan Allah, selagi itulah Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya itu... Insya-Allah...” H menyambung, “Oleh itu, S, pohonlah keampunan Allah tak kira betapa besar dan banyak dosa-dosa awak... Bertaubatlah kerana Allah itu Maha Pengampun. Sebahagian besar dari 99 nama-nama Allah itu, berkitar sekitar Maha Pengampun-Nya... Insya-Allah, sebenar-benar taubat kan mendapat keampunan-Nya...”

(Ilham kuliah Yasir Qadhi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal