ADUH, KEDAPATAN PULA…


Satu ketika… Yang pernah berlaku, kadang-kadang berlaku, atau mungkin juga selalu berlaku pada kita...

Bila kita menghurai, dan terus menghurai tentang sesuatu, kita tersedar bahawa kita tersilap…
           
Makna kata, kita sebenarnya tersilap faham maksud insan yang sedang berbicara? Apa tindakan kita selepas tersedar itu? Adakah kita cukup kuat untuk memohon maaf? Apakah kita cukup kental untuk melawan ego sendiri, dan mengaku tersilap?
           
Atau, adakah kita biarkan sahaja? Kita biarkan mereka, hanya kerana kita merasakan kita tetap betul??? Ya, mungkin maksud kita juga betul... Akan tetapi, apa yang menjadi fokus sebenar adalah maksud yang disampaikan insan tersebut di awalnya... Maksud kita hanyalah satu pemahaman berbeza dari sudut lain...
           
Tidak dinafikan, hidup ini penuh dengan ‘ambiguity’... ‘Double meaning’... Apatah lagi kata-kata dan bait ucapan... Akan tetapi, jangan kerana kita, jatuh air muka insan yang berkata... Jangan kerana kita, orang lain yang turut mendengar menjadi bingung, apatah lagi turut tersilap faham...
           
Apalah salahnya, kita mengungkapkan kata-kata seperti, “Oh, maaf... Baru saya faham maksud sebenar awak...”. Lagi bagus kita bantu insan itu menegaskan maksudnya, “Oh, maksud awak ....”.
           
Hakikatnya, takdir Allah seumpama ini mampu mengajar kita sesuatu... Bukan Allah saja-saja menyebabkan kita silap faham kata-kata yang ‘double meaning’... Bukannya kemampuan Allah itu terhad sehingga terciptanya ‘ambiguity’... Jika Allah inginkan, maka tidak akan ada kelainan maksud pada sesuatu kata... Kini Allah telah ciptakan dan paparkan kepada kita betapa satu kata-kata mampu diterjemah berlainan maksud, maknanya Allah inginkan kita belajar sesuatu...
           
Pertama, Allah ingin kita berfikir dan mentafsir sematang-matangnya sebelum memberi respon... Sekiranya kita mentafsir semasaknya, sematangnya, Insya-Allah kita akan memahami maksud insan yang berkata itu... Seandainya kita berfikir lebih sedikit, Insya-Allah kita akan membatalkan niat kita untuk membangkang kata-katanya...
           
Kedua, Maha Bijaksana Allah, mencipta minda kita yang bijaksana mampu terus mentafsir sungguhpun ketika kita sedang berbicara... Ketika kita menegaskan maksud kita, dalam membangkang kata-katanya, kita mampu terlintas maksud sebenarnya insan tersebut... Saat itulah kita tersedar bahawa kita tersilap faham... Masya-Allah, betapa Maha Bijaksana Allah dalam memberi ilham kepada kita...
           
Ketiga, Allah ingin kita sedar dan kuatkan hati kita dalam melawan ego, dan memohon maaf setelah tersedar kita tersilap... Jadi, di sini letaknya ujian buat kita... Apakah kita kuat atau lemau dalam mengaku salah??? Seperkara yang perlu kita ingat, maaf tiada tempoh luput... Sekalipun kita tidak tersedar saat kita berbicara, kita mungkin sedar selepas itu... Kita mungkin tersedar hakikat kita tersilap faham saat kita teringatkan peristiwa debat itu... Nah, saat itu juga masih tidak terlambat untuk kita ungkapkan maaf, dan mengakui bahawa insan itu sebenarnya betul...

Hidup ini mudah, jangan dipersulitkan...
Apatah lagi sampai menyulitkan orang lain...
Usah disesatkan orang lain, hanya kerana salah faham kita...

p/s : Warkah ini sebenarnya refleksi diri saya... Sebuah perkongsian... Tiada maksud saya untuk menujukan kata-kata ini kepada sesiapa... Saya terima apa jua respon terhadap saya... Saya doakan setiap maksud kata saya, setiap warkah saya, difahami seperti seharusnya oleh awak semua... Saya memang dikenali sebagai seorang yang bermaksud ‘ambiguity’... Jadi, maafkan saya jika saya sering membuatkan sesiapa pening dalam memahami maksud saya...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal