Merdeka??? Apa tu???
Merdeka ke kita bila kita bebas daripada belenggu penjajah, namun kita
masih sukar bersolat 5 waktu???
Kita selalu kata Palestin dijajah... Kenapa??? Sebab
menurut kita, Palestin terjajah kerana rakyatnya kelihatan tidak bebas... Namun
begitu, kita sedar tak, rakyat Palestin
bebas bersolat di mana sahaja???
Apa maksud Haikal???
Maksud saya, rakyat
Palestin ‘bebas’ bersolat kerana mereka mampu solat di mana sahaja, dalam apa
keadaaan pun... Di tengah-tengah jalan, mereka solat... Di celah runtuhan,
mereka solat... Berlangitkan asap dan kabus habuk, mereka solat... Berhujankan
peluru, mereka solat...
Sedangkan kita yang dikatakan merdeka, tak mampu berbuat
demikian... Di pejabat, kita menanti
tiba di rumah untuk solat... Kena
keluar awal, mengelak daripada kesesakan lalulintas, kata kita... Bila tersangkut dalam kesesakan, kita sibuk
mengeluh... Masih juga kita menanti tiba di rumah untuk solat... Bila terlepas waktu solat, terpaksa qada’
saat kita tiba di rumah, kita tetap salahkan kesesakan lalulintas yang panjang
dan lama... Bila tiba di rumah, kita lebih rela berbaring, berehat dahulu,
sebelum menunaikan solat... Letih bekerja dan penat dek jem, kata kita...
Kesesakan lalulintas juga yang kita persalahkan... Angkuh... Sedangkan kita mampu solat di pejabat,
sebelum bertolak pulang... Sedangkan kita mampu solat dalam kereta saat
kesesakan yang lama, namun kita lebih rela menanti berjam-jam sambil
mengeluh...
Malaysia Kita Berdaulat...
Namun,
Mana daulat solat kita???
Mana lebih berdaulat???
Malaysia, atau Allah SWT???
Tanyalah diri kita...
Daulat mana yang lebih kita junjung???
Apa ertinya negara berdaulat,
jika solat rakyatnya tidak berdaulat???
Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita...
Namun,
Milik siapa sebenarnya darah kita ini???
Ayuhlah kita daulatkan Malaysia
ini ketika kita mendaulatkan Allah SWT...
Insya-Allah, daulat itu kan
lebih mulia...
Ayuhlah kita jadikan Malaysia
ini tanah tumpah darah ketika kita memuliakan tanah ini dengan keberkatan Allah
SWT, dan setelah kita muliakan darah kita untuk tumpah di tanah ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan