GULA-GULA KAPAS

Di sebuah desa yang agak permai dan damai, bermukim seorang kanak-kanak (A). A riang dengan hidupnya - normal, tetapi ada sesuatu yang dicarinya.
Dipendekkan cerita, suatu hari, A bertemu seorang kanak-kanak lain (B) yang baru berpindah ke desa itu. Mula-mula agak malu... Maklum la masih baru... Lama-lama A dan B menjadi agak rapat...
Cerita ini dipendekkan lagi... Suatu hari, A memberitahu B... "Awak, saya ada sesuatu untuk awak". "Apa dia?". "Awak, nah ambil la". A menghulurkan satu gula-gula kapas kepada B - nampak biasa tetapi istimewa. (Sebab apa?) "Awak, lama saya simpan gula-gula kapas ni... Mahal ni... Saya ingat nak bagi kat seseorang. Tapi, tak tau siapa... Jadi, saya rasa saya nak bagi kat awak je la. Sebab saya rasa awak yang paling sesuai dapat gula-gula kapas ni...". Namun B menjawab, "Awak, maaf la... Saya sakit gigi... Lagipun, saya ingat saya tak nak makan benda-benda manis buat masa sekarang. Maaf awak ya..."
Suatu tempoh kemudian, A berpindah ke tempat lain. Tak tau apa jadi lepas tu...
Untuk menjadikan cerita ni pendek, lama kemudian, A bertemu lagi dengan B... Mereka bertegur sapa... Sehinggalah suatu hari, B terjumpa satu kotak kecil dan membukanya. "Eh, awak... Macam kenal je...". A berkata, "Inilah gula-gula kapas yang saya pernah tawarkan kepada awak dulu...". "La... Awak simpan lagi gula-gula kapas ni?". "Ya". "Kenapa awak tak makan je?". "Kalau saya makan, maknanya saya pentingkan diri je..." "Kenapa awak tak bagi kat orang lain je". "Sebab saya tak nak...". "Jadi, kenapa awak simpan je gula-gula kapas ni?". "Untuk awak...". " Untuk saya? Kenapa?". A menjawab:
"SEBAB DULU, SEWAKTU SAYA TAWARKAN GULA-GULA KAPAS NI KAT AWAK, AWAK MENOLAKNYA DENGAN BERKATA BAHAWA AWAK SAKIT GIGI... AWAK TAK KATA PUN YANG AWAK TAK NAK..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal