ROMANTIKNYA...


Di sebuah taman rekreasi, kala senja...

Abang
(menjerit) Adik!!! Jom balik!!! Dah nak Maghrib!!!

Adik
(membalas jerit) Baik!!! (berlari ke arah Abang)

Dalam perjalanan pulang...

Adik
Abang, Abang, tengok tu... (menunjuk ke arah pasangan yang berpegangan) Belum kahwin lagi... Ish, ish, ish...

Abang
Eh, mana Adik tahu diorang belum kahwin lagi? Tak baik tuduh tuduh tau...

Adik
Adik tahu la, Abang... Dari tadi Adik duk usha je diorang dua tu... Perempuan tu siap lenggok atas bahu lelaki tu lagi tadi... Pastu, Adik dengar diorang cakap pasal kahwin... Logiknya, mana ada orang yang dah kahwin, cakap pasal kahwin lagi, kan?

Abang
(tersenyum) Boleh pulak dia jadi ‘spy’ petang-petang kat taman ni... Apa-apa pun, Abang bangga dengan cara Adik berfikir... Tapi kan...

Adik
Tapi apa, Abang?

Abang
Abang rasa, bukan pasangan yang belum kahwin je yang tak patut bermesra-mesraan di tempat awam macam ni... Rasanya, pasangan yang dah kahwin pun tak patut bermesraan kat tempat awam...

Adik
Erm??? Kenapa macam tu pulak?

Abang
Ye la... Cuba Adik bayangkan kalau ada seorang pak cik yang baru kematian isteri, datang ke taman macam ni untuk tenangkan perasaan, ternampak ada pasangan yang bermesra-mesraan... Tak ke ‘jealous’ pak cik tu?

Adik
Erk, macam tu pun boleh ek?

Abang
Apa pulak tak boleh nye... Takkan Adik ‘expect’ pak cik tu nak duduk terperap kat rumah je... Pak cik tu pun nak jugak keluar jalan-jalan, nak tenangkan fikiran, tak nak sedih-sedih lama-lama... Sekali pak cik tu keluar, ternampak pulak pasangan sedang bermesraan, siap pegang-pegang tangan, hayun-hayun lagi... Tak ke makin sayu pak cik tu melihatnya???

Adik
Ye tak ye juge...

Abang
Usah katakan pak cik yang baru kematian isteri, Abang yang tak beristeri lagi ni pun rasa tercabar tengok orang yang dah kahwin ‘mesra’ macam tu...

Adik
Aik, lain macam je ni... Yang tu sebenarnya maksud Abang kan? Pandai pulak dia buka cerita pak cik kematian isteri la, apa la... Ada-ada je...

Abang
Alaa... Kira 2 dalam satu la... Yang pak cik kematian isteri tu maksud Abang, yang Abang rasa tercabar, pun maksud Abang...

Adik
Apa-apa je la, Abang...

Abang
Haish, Adik ni... Insya-Allah Abang boleh sabar lagi la, walaupun selalu tengok fenomena tu semua... Alhamdulillah, iman tebal lagi....(tersengih) Tapi, kalau orang bujang lain, yang tak tebal sangat imannya, tengok semua tu? Tak ke mendorong ke arah maksiat? (mengangkat kening)

Adik
Ha’a... Benar juga... Tapi, tak romantik la kalau suami tak boleh pegang tangan isteri dan isteri tak boleh pegang tangan suami...

Abang
Eh, Abang tak kata yang suami isteri tak boleh berpegangan tangan... Boleh je... Bukan setakat berpegangan tangan, lebih mesra daripada tu, pun boleh sangat-sangat... Tapi, kat dalam rumah la... Buat apa nak tunjuk kepada orang lain kat tempat terbuka... Rasanya, lagi syok kalau bermesraan kat dalam rumah masing-masing...(mengangkat kening berkali-kali)

Adik
Aik, tau-tau je dia... Habis tu, suami isteri tak boleh pergi ‘honeymoon’ la?

Abang
Haa... Kalau pergi ‘honeymoon’ tu, boleh la kut... Sebab orang yang pergi tempat ‘honeymoon’ tu, semua nak bermesra-mesraan... Tak tau la kalau ada pak cik-pak cik yang kematian isteri pergi tempat macam tu, kut-kut untuk mengimbau kenangan lalu yang indah... Kalau pak cik-pak cik tu ada, terpaksalah mempertimbangkan kembali niat untuk bermesra-mesraan...
Apa-apa pun, tak seronok kut suami isteri bermesraan di tempat terbuka... Ramai orang tengok... Lagi seronok bermesraan di tempat tertutup... Jalan-jalan tepi pantai, rasa-rasa ombak dan angin, boleh la... Tapi, romantiknya kat bilik juga...

Adik
Aaa... Tengah bayangkan apa tu???

Abang
Ish, dah-dah... Sibuk je dia... Ni hal ehwal orang dewasa... Budak-budak, kena belajar banyak lagi... Dah, tak payah Adik nak tanya lagi... Silap-silap Adik terbayangkan benda bukan-bukan pulak nanti... Maksiat, maksiat... Zina hati dan zina fikiran tu...

Adik
Ye la Abang oii... Abang tu, kahwin la cepat-cepat... Taman dalam hati tu, jangan sampai bersemak samun...

Abang
Apa-apa je la, Adik... Taman dalam hati Abang ni, selalu dibajai dengan doa... Insya-Allah, takkan bersemak-samun... Siap ada rama-rama lagi tau...
Dah, jom lumba lari sampai rumah... Dah nak Maghrib ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal