Alhamdulillah, saya masih dikurniakan ilham untuk
berkarya, dan berkongsi warkah dengan saudara saudari...
Terima kasih tidak terhingga kepada Saudara HijauBiru,
kerana sudi berkongsi pengalaman dan menimbulkan persoalan pada warkah saya, ‘Solat Sunat Rindu’. Perkongsian dan persoalan Saudara HijauBiru telah mencetuskan
ilham untuk warkah saya ini... Masya-Allah, benarlah ilmu Allah itu luas,
sehinggakan dalam situasi ditanyakan soalan pun ada ilmu yang disampaikan...
Oleh itu, sukacita saya berkongsi jawapan dan ulasan lebih lanjut tentang
jawapan saya...
Saudara HijauBiru bertanya bagaimana menghadapi rasa
rindu dan rasa sayang akan seseorang, sedangkan si dia sudah menjadi pasangan
orang lain...
Dalam menyayangi, acap kali kita merasakan rasa sayang
kita itu adalah tersangat dalam, sehingga kita tidak dapat melupakan si dia...
Kadang-kadang, kita rasa kita sangat sayangkan si dia sehingga kita tak dapat
terima hakikat bahawa si dia sudah jadi milik orang lain... Dengan erti kata
lain, kita rasa rasa sayang kita terhadap si dia adalah tahap sayang yang
tertinggi...
Sebenarnya, kita silap... Ada tahap sayang yang lebih
tinggi... Saya tidak berani mengatakan ini adalah tahap sayang tertinggi,
kerana Maha Penyayang Allah adalah yang paling tinggi...
Berbalik pada ‘Tahap Sayang Yang Lebih Tinggi’ yang kita
ingin bincangkan... Apa itu??? Tahap sayang yang lebih tinggi ini adalah
bila kita menyayangi seseorang sehinggakan kita hanya ingin melihat dia
bahagia... Kita tidak lagi kisah biarpun si dia bukan bersama kita... Kita
sayangkan dia, sehingga kita inginkan si dia dapat yang terbaik dalam
hidupnya...
Contoh paling senang dan praktikal untuk kita lihat
adalah sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka... Ibu bapa sanggup buat apa
sahaja bagi menterjemahkan rasa sayang mereka kepada anak-anak... Biarpun
mereka sedar, bahawa anak-anak yang mereka sayang sangat itu akan menjadi
pasangan hidup seseorang lain suatu hari nanti... Biarpun mereka sedar, bahawa
mereka akan berpisah juga dengan anak-anak yang mereka sangat sayangi itu
nanti... Sungguhpun mereka sedar hakikat perpisahan dengan anak-anak
kesayangan mereka tu akan tiba nanti, mereka tetap memberikan sayang yang terbaik
buat anak-anak mereka...
Setelah anak-anak berkahwin, adakah ibu bapa akan berhenti
menyayangi anak-anak??? Tidak... Ibu bapa akan tetap sayangkan anak-anak,
sehinggakan mereka masih sanggup berdoa untuk anak-anak, dan berbuat apa sahaja
untuk melihat anak-anak bahagia... Segalanya mereka sanggup buat, demi
sayang mereka, sungguhpun anak-anak kesayangan mereka sudah ada yang punya...
Itulah ‘Tahap Sayang Yang Lebih Tinggi’ dalam kehidupan
kita manusia... Tahap sayang yang lebih tinggi itu, bukan hanya milik yang
bergelar ibu bapa... Sesiapa sahaja layak memiliki rasa sayang tahap itu...
Biarpun insan bujang... Semoga kita semua mampu memiliki rasa sayang yang lebih
tinggi itu... Sehingga akhirnya kita mampu terdidik untuk menyayangi dengan
ikhlas, tanpa hanya mengharapkan si dia menjadi milik kita semata-mata...
Sebelum kita dan si dia disatukan, sayangilah si dia
dengan mendoakannya, juga kita... Semoga kita dan si dia dapat bersama
saling membahagiakan... Setelah kita disatukan dengan si dia, teruslah
menyayangi si dia dengan terus mendoakan si dia, juga kita... Semoga kita
dan si dia mampu terus membahagiakan... Sekalipun kita tidak disatukan
dengan si dia, tidak salah kita menyayanginya... Asalkan kita menyayanginya
dengan benar, mengharapkan si dia tetap bahagia dalam hidupnya...
Berapa lama sudah masyarakat Barat mempromosikan ‘Unconditional Love’???
Sebenarnya, dalam Islam sudah ada konsep tersebut...
Kita gelarkan, ‘Tahap Sayang Yang Lebih Tinggi’...
MULA-MULA, SOLAT SUNAT RINDU...
SEBAB RINDU SANGAT KAT SI DIA...
LEPAS TU, SOLAT SUNAT HAJAT...
SEBAB HAJATKAN KEBAHAGIAAN SI DIA...
BERHAJAT JUGA SEMOGA KITA SENTIASA TENANG...